Wednesday, April 2, 2014

Doggyselfie


Amir dan Amira Merdeka ialah dua contact-name yang ada dalam handphone Daud.

Doggyselfie ialah gambar selfie seorang perempuan yang sedang di 'doggy" oleh teman lelaki yang berlatar belakangkan stesen minyak Petronas, diposkan di Instagram dengan hashtag #doggyselfie, dan menjadi viral 2 hari lepas.

Amir ialah seorang budak bank yang lepak minum bersama-sama Daud semalam.

Amira pula ialah salah seorang daripada 138 bekas rakan sekelas Daud ketika belajar Kejuruteraan Awam di sebuah universiti di utara semenanjung. Amira tinggi dan cantik, dan hubungannya dengan Daud cuma sekadar rakan kelas yang bertegur sapa sekali-sekala dan langsung hilang membawa takdir masing-masing selepas graduasi.

Aku Daud.
.
.
.

Kelmarin, Daud lepak minum bersama-sama Amir budak bank. Dan mengikut resmi lepak budak bank, mereka banyak berbual tentang interest kereta yang baru meningkat, relevancy jual beli emas, pegangan Khazanah dan pendapatan isi rumah perkapita. Namun Daud dan Amir juga cumalah manusia biasa, penuh nafsu dan buruk sangka. Selebihnya perbualan mereka lebih terarah pada gambar doggyselfie daripada Iphone yang saling bertukar tangan. Malam itu, mereka benar-benar "judge".


Dan malam tadi Daud SMS Amir budak bank mengajaknya melepak minum air.

"Doggyselfie jom "

Daud menekan keypad handphone dengan yakin dan tanpa-pandang. Daud pilih contact name "Amira" lantas menekan send. Message sent.

Daud tepuk dahi sambil mengucap panjang. Pasti dia dituduh sebagai "pervert" apabila perempuan yang sudah 3 tahun putus apa-apa bentuk perhubungan dan khabar berita, hari ini tiba-tiba dihubunginya semula, mengajaknya untuk doggyselfie.

Dua minit kemudian, ada SMS masuk.

"Jom"

.

No comments: