Sunday, April 6, 2014

Sains Percintaan

Natasha senyum sekali sekala. Daud cuma buat acuh tidak acuh. Di antara mereka, sebiji meja kecil bersaiz 2-orang-makan dengan 2 biji pinggan ,3 biji piring, secawan kopi eksresso, segelas strawberry smoothie, kunci kereta dan pasu bunga kecil di atasnya. 

Natasha mencapai piring tengah dan kebetulan Daud juga sama. Jari mereka bersentuh seketika.  Hari ini merupakan blind date pertama mereka berdua. 

“Saya dapat rasa , kita ada chemistry yang kuat,” ujar Natsha malu-malu selepas menarik tangannya.

Namun Daud tidak sedikitpun teruja. Sebaliknya dia menggeleng pendek dan perlahan. Jari telunjuknya dikiri kanankan tiga kali.“ Chemistry? Mungkin awak maksudkan fizik sebenarnya “

  Daud berhenti di situ dan Natasha tidak pula mencelah. Daud seakan cuba menggeledah sesuatu yang telah lama hilang dari kepalanya. Dia menghirup kopi yang masih panas dengan berhati-hati ,kemudian telunjukknya menonjol bingkai cermin matanya yang sedikit terlondeh keatas pangkal hidung semula, sebelum kembali menyambung.


"Newton’s Law mencadangkan bahawa setiap objek di alam semesta ini akan saling menarik satu sama lain. Kekuatan daya tarikan ini bergantung pada produk jisim kedua-dua objek tersebut, dan songsang pada kuasa dua jarak antara mereka. But yes, awak betul. Antara saya dan awak memang ada daya tarikan. Begitu juga antara awak dan cawan, saya dan kunci , ataupun awak dan kereta api. Everything, one object with another,”


 Entah mengapa Daud mengakhiri syarahannya dengan nada sugul dan kecewa. Segugus kunci masih dalam tangan kanan dan sebiji cawan dipautnya cermat menggunakan telunjuk tangan kiri. Cukup bersungguh-sungguh Daud melakonkan analoginya.

Sementara itu di hadapan, Natasha tercengang kebingungan. Matanya terbeliak. Rahangnya terbuka luas dan air liurnya pula tersejat kering. Tidak ada apa-apa perkataan yang mampu keluar diantara jarak dua bibirnya yang merah dan ternganga itu .

Tapi sayang, jisim kita berdua terlampau kecil untuk menghasilkan daya tarikan yang kuat dan signifikan,”sambung Daud lagi

“Jadi awak nak cakap, saya terlampau kurus?” soal Natasha separuh tersinggung dan separuh teruja bagaikan baru terjumpa makna yang buruk tentang satu perkataan baru daripada kamus.

Maybe, tapi kalau jisim awak sama dengan jisim Bumi, saya akan ditarik ke arah awak pada pecutan 9.81 ms-2,” balas Daud berjenaka. Giginya sedikit terjuih ketika meluah ketawa yang dikawal-kawal. Namun Natasha terus tercengang sambil merenung Daud dalam-dalam, lama-lama.

Whatever, “ bidas Natasha selepas beberapa ketika lantas menyedut strawberry smoothie cepat-cepat, kuat-kuat.

.

No comments: