Saturday, May 23, 2015

Extend

A : Best la kau bulan depan dah grad.

B : Aku extend

A :............... Sorry


*********************************************

A : Best la tiap weekend boleh balik rumah mak ayah sendiri

B : Mak ayah aku dah meninggal

A :............... Sorry

Friday, June 13, 2014

Hati Sunyi di JDT

Masa aku duduk JB 2 tahun dulu , aku ada seorang housemate India yang menghuni di bilik tingkat bawah. Namanya Jeevan, masih belum berkahwin. Dia bekerja di sebuah makmal di Singapura 12 jam sehari. Pukul 5 pagi setiap 4 hari seminggu dia akan bersiap-siap merentasi sempadan Malaysia-Singapura sebelum pulang menjelang lewat tengah malam.


Cuti Jeevan pula bukan jatuh pada Sabtu dan Ahad. Jadi apabila dia tidak pulang ke rumah ibu bapa di Kuala Lumpur, dia banyak menghabiskan masa merenung syiling bilik sementara menunggu spin timing mesin basuh semi-automatik. Kalau dia rajin, dia akan pergi menonton wayang seorang diri di Jusco yang hanya terletak 10 minit berjalan kaki dari rumah. 

Menurut Jeevan, teman sekerjanya di Singapura bercuti pada hari yang masing-masing berlainan. Rakan-rakan yang lain pula menetap di Kuala Lumpur  yang mana dia sendiri sukar untuk bertemu mereka.

"Tak penat ke hidup macam ni? ,"tanya aku kepada Jeevan pada suatu hari sambil memancut air paip ke dalam perut mesin basuh.

" Penat tu memang penat , tapi nak buat macam. Gaji tu darab la 2.6 "  jawab Jeevan sambil tersenyum.

Aku cuma mengangguk sambil cuba mencongak sifir 2.6 dalam kepala. Siapa sangka Johor Bahru yang rakyatnya cukup menyanjung monarki dan merayakan budaya indie dalam pesat pembangunan dan kucar-kacir bola sepaknya , terselit di celah-celah benderang kota raya, ada hati yang hidup sunyi.  

Wednesday, May 21, 2014

Ponteng

Matahari sudah menganjak ke suku barat, tetapi teriknya masih cukup menikam. Entah kerana panas atau silau, terkenyit-kenyit mata kami berdua yang sedang berjemur di dataran asrama selepas ditangkap sedang tidur di dorm ketika prep petang, kira-kira 8 tahun dahulu.

Muka merah, mulut terkunci, tangan di belakang. Sedang mengawasi , Cikgu Kamsan merenung tajam kami berdua sambil mencucuk-cucuk hujung rotan ke permukaan tar yang berbahang.

“Kamu jangan ingat kamu pandai , kamu boleh pontot ,”tengking Cikgu Kamsan.


“Diam. Jangan ketawa,” jerit Cikgu Kamsan sekali lagi apabila melihat muka aku dan seorang lagi kutu menjadi herot-berot cuba menahan ketawa.