Tuesday, September 24, 2013

Menanti jawapan

Berdiri di sebelah motor sambil merenung Avary yang sedang duduk bersenang-senang di sudut parking rumah yang sempit, baru ketika itu saya tiba-tiba terfikir di mana Avary berak selalunya.Keluar masuk saya dari rumah itu setiap hari sejak seminggu lalu, tidak pernah lagi saya lihat Avary tidak berantai tambat pada tembok pemisah dengan kawasan jiran sebelah. 

Walaupun tuannya ,Master Gan seorang yang kuat sembahyang (saya sering melihat colok yang masih terbakar di hadapan rumah) ,  mungkin dia masih belum berkesedaran untuk membawa anjing peliharaannya itu bersiar-siar ditaman melihat alam dan perempuan. Jika pernah sekalipun, ia bukan rutin. Apa yang rutin bagi dia, keluar minum arak setiap kali tengah malam mengundang sementara Avary pula akan ditugaskan bertelaku di hadapan rumah menjaga keselamatan.

Saya tidak ada masalah langsung dengan rutin Master Gan atau Avary sekalipun yang berkeliaran cuma beberapa inci radius jauhnya daripada ekzos motor saya. Malah, saya sendiri sering hidup berpesan-pesan pada Avary untuk mengusha-usha motor saya daripada dicuri manusia. Awak boleh panggil saya gila, tetapi setidak-tidaknya orang gila ini tidak perlu menutup pagar rumah setiap kali kemana-mana.  Ironi bukan, seorang manusia berganding bahu dengan binatang, untuk menentang ancaman manusia? 

Namun akal saya masih diserang tanda tanya, jika sentiasa dirantai begitu, dimana Avary berak seharusnya? Maksud saya, lokasi dan bagaimana. Usai mata saya meneroka sejengkal dua daripada Avary yang sedang diam, saya nampak ketulan tahi yang berbungkal hitam kemas di satu dua tempat. Saya diam sambil mengangguk faham beberapa kali. 

Kadang-kadang, ada soalan yang Tuhan akan terus berikan jawapan.
.

2 comments:

Amalina said...

Kadang-kadang, ada soalan yang Tuhan akan terus berikan jawapan.
macam aku pernah persoalkan bagaimana rasanya kalau jatuh longkang itu,ya, yang itu.beberapa langkah selepas itu aku dapat jawapan.

Roronoa said...

entah macam mana la perasaan tengok orang jatuh longkang.

aku perlukan jawapan.