Wednesday, July 10, 2013

Rusuhan Lydia

Segalanya cukup mudah menurut jaminan Talib. Saya cuma perlu turun di stesen Sung Khlai dan menyerahkan sekeping sampul surat kepada seorang gadis bernama Lydia. Pakai baju kuning dan lambaikan sampul surat merah jambu ke udara sebaik sahaja tiba di stesen, dia akan segera mengenali  kamu dan menguruskan hal-hal penginapan kamu di sana nanti. 

Dan apa yang dijanjikan Talib, lebih mudah daripada yang di sangka. Belum sempat saya mengeluarkan sampul surat itu dari dalam satu-satunya beg galas yang saya bawa, seorang gadis berambut hitam lepas awal 20an menyapa saya sebaik sahaja saya meluru keluar dari pintu kereta api. Secara teknikalnya, saya tidak berbaju kuning ketika itu.

"Saya Lydia".Gadis  itu memperkenalkan diri.

Dia ditemani seorang rakan, yang mana cukup menghairankan saya, turut mempunyai penampilan yang serupa dengan Lydia, daripada segi baju yang sedang dipakai, kasut , tinggi dan bentuk badan,serta gaya potongan rambut. Mungkin juga kembar, mungkin.

"Saya Lydia," gadis kedua turut memperkenalkan diri. Kemudia mereka berdua tersenyum, serentak. Gaya percakapan mereka saling tidak tumpah antara satu sama lain. Lebih mengejutkan saya, mereka turut mempunyai nama yang sama. 


bersambung......


No comments: