"Saya Lydia," gadis kedua turut memperkenalkan diri.
Kemudia mereka berdua tersenyum, serentak. Gaya percakapan
mereka saling tidak tumpah antara satu sama lain. Lebih
mengejutkan, mereka turut mempunyai nama yang sama.
Saya sebenarnya berasa sedikit hairan. Namun saya cuba untuk
tidak bertanya. Kami bertiga
cuma berbual tentang perkara-kara ringan sambil menuju
ke kereta. Walaupin nampak jelik dan pelik, mereka
berdua sebenarnya agak peramah. Cuma perkara yang menyebakan
saya sedikit janggal, Lydia
kedua akan mengulang semula setiap dialog yang diucapkan Lydia
pertama , sebiji-sebiji ataupun secara retorikal berirama
"Lydia tidak percaya akan orang tengah. Dia
lebih suka perkara ini diselesaikan antara kita-kita,
orang yang Lydia pilih sendiri ,"jawab Lydia
apabila saya bertanya mengapa Talib
tidak menggunakan perkhidmatan pos sahaja sebaliknya untuk menghantar
sekeping sampul surat. Seraya itu,dia mengusap-ngusap
bahu Lydia kedua yang sedang memandu haluan kereta
"Lydia tak suka.Lydia tak percaya "ulang Lydia kedua yang
sedang memandu, pada nada dan intonasi yang hampir sama. Cuma
dia tidak pula mengusap bahu Lydia satu lagi,
mungkin dia akan berbuat demikian sekiranya dia tidak memandu.
Saya tidak mengalami
masalah untuk membezakan antara Lydia pertama dan Lydia
kedua. Cukup jelas, Lydia kedua mempunyai tatto
kecil dengan corak abstrak
berpintal di tepi mata sebelah kanan , bersuara
lebih serak berkahak ketika berbicara, selain dia cuma akan berfungsi untuk mengulang semula segala
percakapan Lydia pertama.
Saya pernah cuba mengajukan soalan secara
terus pada Lydia kedua,
namun dia cuma diam tidak menjawab lantas air
mukanya akan berubah sedikit panik. Dan setiap kali
begitu, Lydia pertama akan cepat-cepat memintas untuk menjawab
bagi pihak Lydia kedua, sebelum jawapan itu diulang
semula oleh Lydia kedua secara selamba
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Lalu akhirnya,
saya berhenti mencuba.
Kami tiba di sebuah hotel murah di hujung Phradom Street. Tempatnya
masih memuaskan bagaimanapun dan kami cuma menyewa sebuah bilik
besar di tingkat tiga. Lydia memang sengaja memilih
tingkat paling tinggi dan sedikit terasing. Dan mereka berdua ada bertanya, of course soalan yang serupa.
"Kamu tak kisah? "
"Kamu tak kisah?
"
Saya jawab tidak.
Mereka berdua tersenyum serentak sambil bersalin tuala
di hadapan saya lalu kedua-duanya
menuju ke bilik air, meninggalkan saya seorang diri
menunggu giliran mandi. Selesai mandi , kami bertiga
berbual pendek sambil menghenyak tubuh ke lembut
tilam. Saya ada terfikir untuk bertanya mengapa Lydia
kedua mempunyai kejanggalan sebegitu, ataupun kedua-dua Lydia
sebenarnya, namun saya batalkan akhirnya.
Cuma ada satu katil kelamin yang
cukup besar disediakan dalam bilik tersebut. Jadi kami
bertiga berkeputusan bahawa tiada siapa pun
akan tidur beralaskan sejuk lantai yang mengeras. Saya baring di tengah-tengah,
cuba memandu perbualan kami bertiga. Tiba-tiba zakar
saya mengeras. Malam itu, saya berzina dengan dua orang
Lydia.
.
1 comment:
Imaginasi kau dude..
Amusing.
Very amusing.
Post a Comment