Monday, July 8, 2013

Move on (episod 2)

"Wahhh. Kau baru dapat gaji kan ? Kau belanja la aku makan," - kita

"Boleh. Aku belanja, kau bayar ," - kawan kita.


Ada orang cakap, cerita P. Ramlee ni tengok la banyak kali macam mana pun kau takkan bosan. Ini evergreen, kata mereka. Setakat ni saya dah tengok cerita P.Ramlee beberapa kali. Cerita yang sama, pelakon yang sama, lawak yang sama, dan saya bosan akhirnya. Saya move on dan kembali menukar channel Holywood.

Akan sampai satu tahap, sesuatu benda itu akan mencapai tarikh luput dan tidak lagi relevan untuk dihadam revolusi berhalaju tinggi, minat serta zaman. Evergreen cumalah istilah ciptaan yang sering disalah pakai oleh manusia yang tidak mampu move on, sekurang-kurangnya pada pandangan saya. 

Saya tidak mahu menipu diri untuk suka sesuatu yang saya tidak lagi suka hanya kerana saya pernah suka sesuatu itu  dahulu. Macam ni, lantaklah awak nak faham atau tidak ataupun bersetuju atau tidak dengan contoh P.Ramlee saya. Lain kali kalau saya ada masa saya bagi contoh Liverpool pula.

Tapi kalau awak masih berniat untuk menyimpan kawan yang masih mempraktikkan jenaka evergreen yang menyakitkan hati itu, terpulang pada awak. Saya nak move on. 

.

No comments: