Saya tak tahu kenapa semua gambar jam di muka kotak atau poster yang mempromosikan apa-apa jenama jam di mana-mana pelosok dunia sekalipun, pasti akan memaparkan waktu tepat pukul 9.10. Tetapi tidak pula diketahui siang ataupun malam. Sebabnya juga tidak diberitahu dan cukup rahsia, tidak pernah diberitakan sejarah. Sehinggalah saya dibongkarkan dengan perkhabaran rahsia bahawa 9.10 sebenarnya adalah waktu yang mana kali pertama Tuhan mencipta dunia dan juga akan menjadi waktu terakhir Tuhan memusnahkanannya. Oleh sebab itu mesej 9.10 diabadikan dan digunapakai secara abstrak di seluruh dunia, juga dikenali sebagai Grand Barvedeux time, cuma oleh mereka-mereka yang mengetahui. Saya masih ingat dengan jelas dan teliti cerita Omar malam itu, seorang budak dadah yang menyapa saya di depan 7E dengan tawaran lumayan untuk menjual Iphone 5pada harga RM150 , kira-kira 40 minit selepas Grand Barveduex. #fiksyenInstagram
.

2 comments:
ni bilik hang ka? aku rasa tak
kecik sgt kalau nak kata ni bilik aku. Ini baru almari sebenarnya.
Post a Comment