Sifat rajin bertanya, akan segera menambah ilmu pengetahuan ke dalam dada, bertetek atau tanpa. Kata-kata itulah yang saya pegang teguh ketika bertanya kepada beberapa jebauk, tentang rasionalnya tindakan saya untuk mula belajar bermain piano pada peringkat umur selewat sekarang, 23 tahun.
Mereka kelihatan berbincang sesama sendiri, sehinggalah lewat malam 2 Syawal itu menyaksikan salah seorang jebauk yang baru 4 tahun duduk Kuala Lumpur, mewakilkan yang lain untuk mengumumkan keputusan mesyuarat pendek 2 saat mereka.
"Tak payahlah dowhh. Muka kau dah la pecah"
Semenjak hari itu, negara kehilangan satu bakat besar dalam bidang seni hiburan. Lalu masyarakat segera dihukum dengan berleluasanya Ahmad Idham.
.
.
1 comment:
"Lalu masyarakat segera dihukum dengan berleluasanya Ahmad Idham dan Yusof Haslam"
ha-ha-haa.
Post a Comment