Saturday, May 18, 2013

Sebelum Bucket List (episod akhir)

Ingatkah kamu pada Ridwan yang pernah aku khabarkan mati, dalam cerita aku 7 bulan dahulu?

Dan sebenarnya Ridwan masih belum mati, walaupun sudah aku putuskan begitu dahulu. Dia dianugerah nyawa kedua pada hayatnya kali ini. Setelah dibaiki sekali lagi, dia kembali berfungsi sempurna dan kini berkhidmat setia pada kakak aku, melawannya usia yang kini hampir menjangkau 5 tahun dan terus.

Sengaja aku tajukkan cerita Sebelum Bucket List sebelum ini dengan "episod dua" dan sebaliknya bukan "episod akhir", kerana aku tahu akan sampai satu masa (hari ini,akhirnya) nanti aku akan menyambung cerita ini juga nanti kerana soal hidup mati siapa tahu?

*********************************************

Dan ingatkah kamu pada Hani, penghidap kanser thyroid peringkat akhir yang sedang bersabung dengan nyawa dan kecekalan?

Pada malam pilihanraya baru-baru ini, aku sempat bertemu dengan Manaf, rakan yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan Hani buat kali pertama dan satu-satunya.Dan  entah bagaimana cuma malam itu selepas banyak bulan yang berlalu, baru aku terlintas untuk bertanya tentang Hani, seorang gadis muda yang mempamer tenang walaupun diberitakan tentang mati.

Kini Hani yang tabah itu sudah tiada. Dia meninggal dunia sekitar awal tahun ini pada usia menjangkau 23 tahun , mengharung hari-hari-tahu-matinya sambil mengira tiga bulan anggaran tempoh akhir yang disuratkan dunia dengan tasbih taubat dan ketabahan. Dan aku sendiri tidak tahu entah detik keberapa pada kiraan dunia itu, dia pergi dipanggil Tuhan.

al-Fatihah.

1 comment:

Wadi AR said...

takziah di ucapkan