Friday, May 31, 2013

Cadangan Saya

Cadangan saya macam ni. Lepas dua tiga bulan saya pekena kahwin, saya nak bawak isteri baru saya pergi mandi di kawasan air terjun. Walaupun masa itu saya ada tiga bijik kereta Myvi yang mana tiga-tiga berwarna hijau pucuk pisang , tapi saya ambil keputusan untuk datang menaiki motosikal sahaja.Macam EX5 misalnya.

Sampai di kawasan air terjun, saya dan isteri mungkin akan memilih untuk kawasan mandi yang agak terpencil. Hari itu hari minggu. Ramai sungguh warga kota yang meluangkan masa membawa anak-anak yang jemu bersekolah datang ke situ untuk mandi-manda . Konon-kononnya air terjun mujarab untuk keputusan periksa.

Ketika mereka sedang leka mandi di kawasan tumpuan ramai dan tidak rare, saya dan isteri sebaliknya mula terhendap-hendap ke arah semak. Mujur tidak ramai berani ke situ kerana risau dipatuk ular tedung selar. Lalu saya dan isteri mula melakukan perkara yang lazim dilakukan sebagai suami isteri. Nasib baik juga saya ada membawa surat khabar Utusan bersama. Setidak-tidaknya badan kami tidaklah calar-balar apabila saling berguling beralaskan cerita-cerita UMNO yang dicetak di atas kertas lemau bersaiz besar dan mudah koyak itu.

Sehinggalah keasyikan kami tiba-tiba diganggu pekikan suara yang nyaring.

"Woi mat rempit. Korang ingat aku tak nampak korang beromen dalam semak "

Ohhh. Begitu rupanya perasaan ketika berzina. Degup jantung dua ganda yang dirasuk nafsu gila jiwa raga, dan degup jantung tiga kali ganda memandu berani-berani takut tika sibuk menghamba dosa. 

Jadi kesemuanya, 5 kali ganda . Mesti pantas.

.

No comments: