Saturday, March 9, 2013
Hidup penuh pura-pura, of course
Saya cumalah manusia biasa tidak sempurna yang tidak dapat lari daripada rutin pergi ke Tesco pada hujung minggu. Walaupun saya sedikit dipengaruhi dengan idea Karl Max tentang betapa bencinya dia terhadap produk kapitalisme seperti pasar raya, tapi apa boleh buat makwe cashier Tesco Sri Sikandar ni memang boleh tahan menariknya. Fuck you Karl Max you are half right, but hell will let u know yang saya lebih percaya pada jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Jadi ketika saya dan seorang kutu lagi kutu ( dipanggil Dendang) sedang berada di bahagian rak sudip dan penyangkut baju, kami didatangi oleh seorang makcik lingkungan 47 tahun (i'm good at guessing ) sedang menolak trolley di belakang kami sambil tersengih-sengih.
Of course saya tidak berapa mengambil perhatian akan kehadiran makcik tersebut yang mana saya anggap, which is a terrifying part of jodoh pertemuan di tangan Tuhan tadi, sehinggalah dia sendiri menegur Dendang di belakang saya. Saya lihat Dendang sendiri seakan terkebil-kebil cuba mempersiapkan dirinya dengan reaksi kebiasaan yang sesuai untuk membalas teguran makcik tersebut, namun malangnya gagal mengakses database sedia ada tentang identiti makcik tersebut.
In easy words, she doesnt exist dalam sistem database kepala hotak Dendang yang bertajuk "individu-individu yang pernah saya kenali" . And in more easy words, Dendang sendiri tidak kenal makcik itu siapa. Simple right?
Dan oleh kerana perbualan selanjutnya mereka selepas itu lebih banyak accesorry spinning sekitar "siapa awak" dan "takkan awak tak kenal " yang mana topik itu terus melalui proses sorong tarik yang memualkan saya at least , apa yang lebih menakutkan adalah selepas itu sebenarnya.
"Ko tengok ni dia buat-buat tak kenal makcik pulak ," kata makcik itu beralih kepada saya, which mean now i myself have been dragged to participate in this deep shit.
" Aku tumbuk muka ko karang buat-buat tak ingat pulak, " ugut saya tegas sambil mengacu penumbuk pada muka Dendang. Dendang cuma diam keliru dan of course tersengih-sengih, cuba mengakses memori.
Makcik itu mengiyakan sambil tersenyum lebar , berlalu menjauhi kami lantas hilang perlahan-lahan di balik sayup-sayup selekoh antara rak sudip dan minuman keras. Mungkin ini cuma perasaan saya, tapi saya rasakan moment itu berlalu cukup lambat dan perlahan. Katakanlah ia adalah satu babak dalam filem yang mana saya adalah pengarahnya, saya rasa saya akan pasang lagu Django sebagai muzik latar.
Dan saya pula cuma menarik nafas lega. Jauh dalam benak hati saya yang cukup mempercayai jodoh pertemuan di tangan Tuhan itu, saya sendiri of course cukup tertanya-tanya makcik tadi tu siapa?
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jodoh pertemuan ditangan tuhan. mohon jemput
boleh, tapi jangan datang ramai-ramai sangat. aku masak cukup-cukup je.
Post a Comment