Friday, March 8, 2013

a little doubt



Rokok di Indonesia ni analoginya diibaratkan lebih kurang macam air berkarbonat dekat Malaysia. Kita tahu air berkarbonat ni bahaya untuk buah pinggang. Tapi pihak pengeluar masih menafikan dengan hujah masih belum ada kajian rasmi yang mengesahkan fakta akan bahaya air berkarbonat tadi. Kerajaan pula tutup mata seronok makan cukai syarikat air berkarbonat di Malaysia.

Sudahnya budak-budak sekolah pantang sambut hari jadi mesti minum air Coke punya. Pergi memancing dalam hutan pun bawak bekal air berkarbonat jugak. Hari Raya pertama pun dah ada tuan rumah yang hidang air berkarbonat. Sampaikan satu tahap, air berkarbonat dah jadi resepi wajib untuk balut hamper cabutan bertuah. Budak-budak main bola wakil Pahang pon entah-entah minum air berkarbonat waktu halftime. Patut la main tak power macam Liverpool.

Point dia masih tetap sama. Indonesia dengan masalah rokok dan Malaysia dengan air berkarbonat. Jadi saya petik sekali lagi statement dalam video di atas.

"This little doubt lead to further delay of its prohibition, meanwhile countinuously bring maximum profits to manufacturer "

Bagi saya pula, saya ambil keputusan untuk tidak berapa suka sangat minum air berkarbonat. Mana badan saya nak handle asap rokok lagi, marjerin , perencah maggi  ataupun McDonald. Kesian la sikit dekat masa depan anak-anak isteri-isteri saya nanti..

.


No comments: