Kata Talib, dia sukakan jenis perempuan yang berambut ikal pendek. Tapi tidak pula terlampau pendek, cukup-cukup separas bahu. Tidak lebih tidak kurang. Rambut itu pula hendaklah disanggul ringkas di belakang, manakala di bahagian tepi sengaja dilepas urat-urat rambut berjurai menutup sisi kepala. Kemudian Talib cuma diam, berhenti berbicara.
"Itu saja," .Saya cuba memohon kepastian.
Talib mengeluh lemah sebelum kembali menyambung. Menurutnya Talib, telinga wanita itu seeloknya harus mencelah di antara urat-urat rambut yang sengaja dilepas tepi tadi. Biarkan ia terkeluar dari celah-celah rambut. Namun telinga itu juga tidak boleh sebarangan. Seharusnya ia kecil dan sedikit capang, tetapi tajam dan bermuncung segi di cuping atasnya.
Wanita itu lebih suka mengenakan tshirt indie lengan pendek berwarna ringan, besar,menggelebeh dan labuh menutup atas sedikit daripada lutut.Dia tidak memakai skirt atau apa-apa yang rasmi, cuma seluar dalam. Biar dia mendedah bawah lututnya yang putih mulus. wajahnya putih, berlesung pipit, manis, tetapi muram tidak langsung tersenyum. Namun yang paling penting, dia mempunyai sayap di belakang badannya.
"Ada sayap? "tanya saya keliru.
"Ya. Putih, lebar dan mampu terbang,"kata Talib dengan penuh semangat. Dan selepas itu keadaan menjadi hening buat beberapa ketika. Saya cuma menanti dengan sabar, ciri-ciri seterusnya daripada mulut Talib. Tetapi Talib cuma diam, cukup senyap. Mungkin cuma itu sahaja.
.
.
.
" Ada lagi? Boleh buka mata sekarang? " tanya saya meminta izin daripada Talib.
.
No comments:
Post a Comment