Monday, March 4, 2013

Abang pergi mana balik lewat macam ni?

Saya tak tahulah. Mungkin sebab saya terlampau banyak tengok drama Melayu . Ataupun mungkin saya terlampak banyak kali ulang alik di ruang tamu rumah lalu terpandang drama Melayu di televisyen yang sedang ditonton oleh kakak saya.

Saya mempunyai prasangka bahawa setiap perempuan (isteri yang sudah berkelamin) yang menyebut "Abang pergi mana balik lewat macam ni?" , besar kemungkinan dia akan menyebutnya dalam nada yang tinggi dan nyaring, seperti menengking.

Saya cuba membayangkan streotype tadi pada situasi yang sama, tetapi kali ini "Abang pergi mana balik lewat macam ni?" disebut dengan nada yang lebih rendah, tetapi berbunyi tajam. Namun malangnya, ia masih berbunyi cukup sinis , seakan-akan menyindir.

Streotype ini cukup tidak adil bagi kaum wanita. Saya tak mahu menuduh benda bukan-bukan tanpa bukti. Jadi saya cuba bayangkan situasi yang sama sekali lagi, kali ini "Abang pergi mana balik lewat macam ni?" disebut dalam keadaan cukup lembut. Saya cuba menggantikan elemen naik angin pada pertanyaan tersebut pada seleksi tutur yang menggoda.

Sekelip mata, kepala saya secara automatic terus menukarkan latar setting situasi tadi kepada watak seorang perempuan simpanan dan seorang bussinesman berjaya di sebuah kondominium mewah. Lalu saya simpulkan bahawa pertanyaan tadi tidak mapu ditutur wanita pada nada yang lembut, unless ia adalah hubungan kelamin tanpa kasih sayang yang cuma bersandar pada nafsu dan wang ringgit. Selain daripada sebab ini, hampir mustahil ayat tadi mampu ditutur pada decibel pendengaran yang selamat.

Lama kelamaan saya mulai faham. Wanita adalah kaum yang lemah kawalan emosinya. Nature mereka lebih lembut , tetapi cukup alert pada any discrete changes to her belongings . Oleh itu apa yang ada pada character mereka, saya kembalikan pada mereka. Keputusannya, saya cuba pula bereksperimentasi ayat "Abang pergi mana balik lewat macam ni? " pada imaginasi seorang wanita yang menuturkannya sambil menangis teresak-esak.

Hampir sepuluh kali situasi ini bermain dalam kepala saya. Namun saya gagal untuk menganalisis dan memahami apa-apa kesimpulan . Kepala saya kusut. Saya memang tak boleh berfikir dengan baik kalau ada perempuan sedang menangis depan saya waktu saya penat baru balik kerja.

.

.

2 comments:

broken_nigina said...

boleh je sebenarnya ayat tu dimanja dan diseksikan.

Roronoa said...

x boleh.. Percayalah.. Tak boleh!