Thursday, February 28, 2013

Stranger

*dia stranger

Hari ini, saya mahu bercerita tentang cinta lagi. Seperti biasa,saya akan mainkan watak seorang pakar cinta walaupun saya sebenarnya takut dengan perempuan dan lipas. Bagi saya, lipas dan perempuan sama-sama menakutkan. Ada sayap dan suka terbang masuk dalam baju, serta mempunyai senggugut yang secara tidak langsungnya akan menyakitkan hati kita kaum lelaki.

Soalan pertama saya, berapa ramai stranger yang telah awak jadikan orang yang paling rapat dan paling memahami dalam hati awak? Bermula sebagai insan asing yang awak tak pernah kenal langsung, yang mana curiga dan buruk sangka itu telah berakhir dengan kepercayaan bercinta.

Saya ada satu cerita tentang stranger dan hati yang curiga. Tetapi sebelum itu, saya memohon maaf jika cerita saya ini menggunakan watak-watak berabjad seperti A, B, C, dan D dah macam ruangan luahan perasaan dalam segmen Tanya Ciktun, dalam majalah Remaja yang gemar dibaca budak sekolah PMR dapat 8A.

Ceritanya bermula begini.

Tahun pertama saya masuk universiti, saya belum kenal ramai orang. Saya duduk asrama dalam, dengan kebanyakan budak-budak batch sendiri. Itupun saya tak kenal semua. Maklumlah, saya kan sibuk dan tidak ada masa bergurau.

Ada satu kali, saya lepak-lepak bermain PES09 di bilik rakan A. Sebenarnya komputer A sama tak power macam komputer saya,  jadi kami main game di dekstop roomate A, iaitu B. Saya pun bukannya kenal sangat siapa B. Namun oleh kerana B tak ada dalam bilik kerana pergi ke kelas, jadi saya sudah menganggap komputer B dah macam komputer kandung saya sendiri. Sampaikan andaikata bapa kami mewasiatkan sebidang tanah pusaka, saya dan komputer B akan berbahagi tanah pusaka itu secara sama rata. Begitulah anologi kepada betapa akrabnya hubungan kami berdua ketika itu.

Tiba-tiba C datang ke bilik, lalu saya dan C pula bermain game berdua manakala A duduk ditepi. Kemudian datang pula D, lalu C dan D bermain game berdua manakala saya dan A duduk di tepi. Bosan duduk di tepi, saya dan A mengambil keputusan penting dalam seumur hidup saya untuk pergi makan di cafe bawah lalu meninggalkan C dan D berdua di dalam bilik.
.
.
.
.
Ketika C dan D sedang khusyuk bermain game, tiba-tiba tuan punya komputer B masuk ke bilik setelah pulang dari kelas.

Contohnya macam saya la kan. Andaikata saya baru pulang ke rumah setelah lima hari duduk Kuala Lumpur, saya akan segera menelefon polis sekiranya mendapati ada dua stranger yang saya tak kenal sedang mandi dalam bilik air saya, menggunakan kepala paip yang mana saya bayar bil air bulan-bulan dan sabun LifeBuoy yang saya beli di pasar raya kegemaran saya.

Saya tak tahu cerita sebenar yang berlaku selepas saya dan A keluar pergi makan. Tetapi kalau saya jadi B, saya rasa beitulah perasaan saya agaknya.


No comments: