Bila bercakap soal berbelah bahagi , saya tahu saya tidak dapat lari daripada bercerita tentang cinta. Jadi bila saya sudah bertegas untuk tetap bercerita tentang cinta jugak, saya akan mengguna pakai alasan bahawa setiap orang pernah melalui perasaan berbelah bahagi dalam membuat keputusan hidup.
Ada orang berbelah bahagi sama ada untuk menerima cinta Natasya ataupun budi baik Nabila. Ada orang berbelah bahagi untuk terus meyokong keputusan mengekalkan Wenger di Emirates. Ada orang berbelah bahagi sama ada untuk masuk askar ataupun potong rambut peti pesen Zaquan Adha. Ada orang berbelah bahagi nak pakai baju kaler apa , nak pergi kenduri kawin bekas kawan sekelas ataupun rumah terbuka Perdana Menteri. Tapi dengar cerita rumah terbuka ada hidang pulut kuning, bilas pulak dengan cendol pulut (kes ini selalunya terjadi kepada penggemar pulut) .
Mengikut definisi saya, ( yang mana saya suka mereka-reka definisi macamlah saya ada tulis buku teks sendiri), berbelah bahagi cumalah satu soalan matematik yang cuba diselesaikan dengan perasaan, dan bukannya pengiraan.
Contohnya macam pagi tadi ketika saya sedang menggosok gigi. Talib tiba-tiba masuk ke bilik air dan berdiri di sebelah saya lalu bertanya banyak soalan yang susah-susah. Saya sebenarnya cukup tidak suka bercakap ketika ada berus gigi sedang naik turun naik turun di dalam mulut . Kalau saya tidak menjawab pula, besar kemungkinan Talib menuduh saya sebagai anti sosial, anti-semite , tidak peramah dan lebih pentingkan gigi daripada kawan.
Jadi mungkin ini yang dianggap sebagai berbelah bahagi tadi bagi orang-orang kebanyakan. Mereka harus memilih satu antara dua,dan mereka sering berasa berbelah bahagi. Antara terus menggosok gigi, ataupun menjawab soalan Talib lalu kembali menggosok gigi yang mana secara defisitnya buih Colgate yang sudah tak berapa havoc lagi.
Tapi saya secara berlagaknya tidak pernah melalui situasi tersebut. Saya batch pertama yang belajar bahasa Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya sedia maklum bahawa setiap tindak-tanduk saya dalam menyelesaikan masalah berbelah bahagi ini akan diperhatikan oleh Kementerian Pelajaran. Saya tahu ada Nazir yang mengintai. Pokok pangkalnya, tetap matematik.
Okey kita berbalik kepada soalan berbelah bahagi tadi. Jadi saya cuba menyingkirkan soal emosi dan perasaan dalam isu berat yang cuba dibangkitkan Talib ketika ini. Dan melalui sedikit formula kira-kira yang ringkas , saya mendapati bahawa Talib adalah seorang asshole.
.
2 comments:
Kasihan talib.
sepatutnya aku y paling kesian.
Post a Comment