Sebagaimana "Kubur lain-lain" menjadi alasan yang terkategori sebagai Standard Unit (SI) sekitar tahun 80an, jawapan yang berbunyi cukup sombong dan mempersenda malaikat Munkar Nakir ini diganti dengan "Belum sampai seru lagi." ,sekitar tahun 90-an. Wartawan tidak tersinggung, masyarakat pula faham bahawa Tuhan belum mentakdirkan hidayah untuk mereka lagi. Selagi hidayah belum datang, tolong bersabar dan beratur diam-diam dalam barisan. Ada ramai lagi yang sedang menunggu giliran.
Seawal perinjakan abad ke tahun 2000, mereka memperkenalkan pula jawapan baru yang lebih agresif seperti "Saya taknak jadi hipokrit" sekaligus segera memuliakan tindakan mereka , agar menampakkan timbangan pahala dosa mereka seolah-olah setara antara hukum ingkar dan patuh pada mata masyarakat yang suka mengadili.
Masyarakat yang suka mengadili, tidak seharusnya mengadili. Mereka pula sudah penat bermain secara total defensive. Lain pula dengan tahun-tahun selepas 2010. Mereka kini membawa 3 mata penuh dengan memperalatkan kelemahan masyarakat tadi dengan alasan yang segera menyerang masyarakat sebaliknya, seperti "Dont judge ! Tak semestinya saya ..." . Lalu masyarakat mengangguk kepala patuh dan insaf akan kesilapan sendiri.
Saya tidak sabar-sabar menanti wawasan 2020. Tak silap saya, mantan Perdana Menteri kita ada berjanji tentang kereta terbang yang memecut di celah-celah tingkap berkilat bangunan pencakar langit. Entah berapa agaknya harga Ron97 yang dijual kerajaan nanti.
.
.
1 comment:
tunggu dan lihat. MRT pun in progress
Post a Comment