“Nama awak? “
“ Penting untuk you tahu? ” soal gadis berskirt pendek yang duduk
berahi di bibir katil. Baju yang membaluti tubuhnya mendedah lurah dendam yang
menggoda. Ruang antara aku dan dia seakan bertambah menyempit, melemaskan aku
dalam selesa. Aku tak tahu perasaan dia,namun selesa itu sepatutnya bukan tujuanku.
Jadi aku mengangkat bahu dan senyum,sebagai menjawab soalan
yang tidak ada garisan rasmi betul silapnya.
“Mahu sekarang? “ Dia bertanya lagi.
“Saya bukan datang sebab itu. Saya bayar awak cuma untuk berbual
,”
Gadis itu mengerutkan kening hairan. Jelas sekali apa yang
berlaku antara dia dan aku, di luar rutin kebiasaan dia. Riaknya menampakkan reaksi
kurang senang. Dikeluarkan sebatang rokok ,dinyalakan , lalu dihembus
sambil lewa. Bitchy dan
metropolitan.
“Fine.Suka hati. U nak tahu pasal apa? I mean, apa yang u
berminat nak tahu?”
Äpa-apa je.Tentang perjalanan hidup awak. Kenapa awak pilih
cara ni”.
“ Maknanya you ni wartawan? Polis? ”
“Bukan. Saya cuma penulis ,”
“Untuk surat khabar? Majalah tak guna macam Mastika tu? “
“Bukan juga. Saya cuma penulis blog. Saya cuma mahu berbual
dengan awak, untuk mendapat ilham mengupdate blog saya nanti.”
Gadis molek itu ketawa besar sebaik sahaja aku habis
menerangkan tujuan sebenar aku ke situ. Lama juga aku menanti tawanya terhenti.
Ada lucu yang benar-benar ikhlas menggeletek hatinya. Matanya berair cuba
menahan tawa yang masih bersisa, sebelum dia mula membuka mulut semula sambil
tersenyum lebar dan menjengkelkan.
“Mati-mati I ingatkan you ni betul-betul penulis tadi.. Hew
hew hew ..”
.
.
.
.
1 comment:
bagus. langsung tak tergoda
Post a Comment