Setelah lebih dua dekad hidup tanpa berpandu motto hidup, misi.visi dan horoskop, maka pada tahun yang baik tahun 2013 buat kali pertamanya aku tergerak hati untuk memasang azam.
Azam aku tadi bunyinya tidaklah sesukar mana. Aku berazam untuk memperuntukkan waktu tidur sebanyak 6 jam maksimum sehari.
Dibanding dengan konsep tidur yang aku praktikkan sebelum ini, aku mampu berjimat lebih kurang 3 jam sehari melalui azam baru tahun 2013 aku tadi. Lebihan masa 3 jam yang aku berjaya jimat nanti aku akan gunakan untuk mencipta memori.
Banyak memori yang boleh dicipta dalam masa 3 jam tersebut berbanding jika diguna untuk kegunaan tidur. Contohnya, memori bermain fesbuk,memori menerajang makwe, memori makan nasik, memori bermain pedang, memori membaca buku, memori mengambil sepakan percuma, memori dikejar polis, dan memori membayar bil di pejabat pos.Menghisap dadah juga boleh diambil kira sebagai memori. Begitu juga dengan meraba makwe. Asalkan minda kita berada dalam keadaan penuh sedar ketika melakukan sesuatu aksi(perbuatan yang menggunakan minda separuh sedar contohnya adalah tidur dan bercinta), maka ia boleh dikira sebagai memori.Selebihnya akan dipanggil mimpi,ataupun bangang tak sedar diri.
Memori adalah catatan perjalanan pada waktu lepas.Ada yang memanggilnya kenangan. Namun aku lebih suka dengan frasa pengalaman. Pengalaman adalah pengetahuan. Ia boleh jadi membawa separuh kebenaran fakta, dan separuh lagi cuma secorak kebetulan yang membentuk persepsi dan streotyping.
Pedulikan dengan persepsi, saparuh daripada pengetahuan yang benar itu sudah cukup untuk mengangkat aku menjadi orang yang lebih berilmu dan berpengetahuan luas,setidak-tidaknya berbanding dengan aku dulu yang sering menghabiskan sembilan jam sehari untuk memuja mimpi.
Jadi pada penghujung tahun 2013 nanti, aku akan memohon untuk menyertai rancangan 1 Milion Money Drop yang dihoskan oleh pengacara nombor dua kegemaran Astro, Ac Mizal. Dengan pengetahuan dan ilmu-ilmu baru yang banyak aku cedok sebanyak 3 jam sehari yang aku berjaya jimat nanti, dengan mudah sahaja aku akan menjawab soalan yang dikemukakan pengacara kelahiran Negeri Sembilan tersebut. Sedikit pun duit satu juta yang dimodalkan rancangan itu tidak luak daripada keseluruhan 8 soalan yang disoal, sehinggalah menuju ke akhir rancangan.
Maka pada penghujung azam tahun baru aku tadi, aku pulang ke rumah dengan wang bernilai RM1000000 dan maki hamun krew Astro yang tidak berpuas hati. Dengan duit sebanyak itu, aku tidak lagi perlu keluar bekerja sekurang-kurang untuk tempoh empat lima tahun. Kebanyakan waktu yang terluang hasil daripada tidak perlu bekerja itu akan digunakan mengganti semula 3 jam sehari waktu tidur yang telah dipotong pada tahun sebelumnya. Apabila badan aku mendapat tidur yang cukup nanti, ia akan menjadi sedap dan berotot. Sara Ali mula cuba mendampingi aku lalu mengajak makan malam di sebuah restoran mewah di Pripyat, Ukraine. Aku jawab okey.
Jadi, begitulah sedikit sebanyak tentang azam baru aku untuk tahun hadapan. Wassalam.
.
2 comments:
selamat tahun baru masihi dengan bersungguh sungguh juga
ok sayang
Post a Comment