Gadis molek itu ketawa besar sebaik sahaja aku habis menerangkan tujuan sebenar aku ke situ. Lama juga aku menanti tawanya terhenti. Ada lucu yang benar-benar ikhlas menggeletek hatinya. Matanya berair cuba menahan tawa yang masih bersisa, sebelum dia mula membuka mulut semula sambil tersenyum lebar dan menjengkelkan.
“Mati-mati I ingatkan you ni betul-betul penulis tadi.. Hew hew hew ..”
"Kenapa awak ketawa? Habis tu penulis blog bukan dikira sebagai penulis?" tanya aku semula yang sebenarnya cukup tersinggung dan berkecil hati dengan reaksi gadis. Dia seakan memandang rendah akan profesyen penulis tersebut.
"Kadang-kadang ada customer yang mahukan I melakonkan watak dan scene tertentu. I cuma menurut untuk memenuhi nafsu dan kepuasan mereka. Yang penting diorang bayar. Tapi I tetap tak panggil diri I pelakon. ". Dia menganalogi.
Kiranya aku mahu membantah pandangan gadis, tetapi aku gagal hadir dengan counter-statement yang mampu mematahkan hujahnya. Sudahnya, aku cuma mampu berdiam diri mengetap bibir kegeraman. Aku dihina sedemikian rupa, masakan aku tidak geram. Gadis sepertinya yang menghamba diri pada kerja yang dikategori masyarakat pada kasta yang hina, kini memijak aku satu darjah di bawahnya.
"Ohhh yaa. Nama I Natasya,". Gadis memperkenal dirinya sebagai menjawab soalan aku mula-mula tadi.
Sejurus itu, tidak banyak yang kami bualkan lagi. Masing-masing sibuk melakukan tugas sendiri. Sekali-sekala Natasya merintih sayu dibuai kesedapan akibat diperlakukan
sedemikian rupa. Malam itu kami tenggelam. Natasya yang penuh nafsu. Dan aku yang penuh dendam.
.
.
2 comments:
boleh tahan dendam ko sambil rasa kesedapan ye
mmmm dap nyewww...
Post a Comment