Sunday, December 9, 2012

Pada Siapa ( episod 2)

Rumah Talib cukup padat ketika itu. Penuh dengan budak-budak kecik berlari. Maklumlah kenduri. Mak bapak diorang semuanya sedang sibuk menyenduk gulai. Memang natijah kenduri. Sudahnya Talib keluar ke depan rumah, mencari udara segar.

Talib mengeluarkan sebatang rokok lalu mencucuh dengan bebas. Matanya tekun memerhati lenggok asap yang dihembus ke udara. Semenjak dari dulu lagi Talib cukup hairan antara asap dan udara, yang mana satu isipadunya lebih tumpat? Sebenarnya Talib rasa bersalah juga kerana tidak mengetahui jawapannya walaupun sudak berapa tahun bergelumang dengan asap dan udara.

Tiba-tiba liar mata Talib menangkap kelibat adiknya beberapa langkah dari tempat dia berdiri. Talib memerhati. Adiknya mengeluarkan sebatang rokok dari kotak D&J lalu mencucuh dengan bebas.Mata Talib tekun memerhati lenggok asap yang dihembus adiknya ke udara.

"Ini dah melampau "getus Talib dalam hati.

Talib geram sebenarnya melihat adiknya yang baru berusia setahun jagung itu sudah pandai menghisap rokok secara terang-terangan di depan rumah. Baru belajar di matrik Gambang sudah berani nak besar kepala hisap rokok depan mak ayah. Talib dulu pun apabila sudah menjangkau 19 tahun baru dia berani hisap rokok di tepi tangki minyak kereta ayahnya. Itupun Talib takut-takut juga pada mulanya bimbang ayahnya tidak mengirim wang lagi selepas itu.

Hati Talib sakit. Tapi dia tak boleh salahkan adiknya seratus peratus. Dia cuma meniru perbuatan Talib,cuma pada usia yang lebih awal. Pokoknya masih tetap sama. Talib berasa marah, tapi dia tak tahu nak marah pada siapa lagi. Sudahnya dia cuma tidak mempedulikan kehadiran adiknya itu bersama geram yang meluap-luap. Memang Talib berhak untuk berasa marah, tapi pada siapa mahu dia luahkan.

Talib mengeluarkan sepucuk telefon dari poket jeans. Dipilih nama teman wanitanya Alya Maisarah sebagai penerima pesanan, lalu tangkas jari jemari Talib mengarang SMS.

" Kenapa awak tak call saya pun lagi hari ni? Awak ada lelaki lain ke? " -Talib, pesanan ringkas

.

No comments: