Friday, December 7, 2012

the Lucky Bastard



Regular Thinking
Aku nak tengok dia berani ke tak berani potong konek dia nanti.

Critical Thinking
Dia ni saje je nak cari publisiti murahan. Bila dia buat havoc macam tu, dia dapat ramai follower yang nak tengok dia sanggup kotakan janji dia atau tidak. Lepas isu tu senyap, dia tukar tweethandle and tweet like a tweetfamous.

Suffer Overthinking
Tindakan dia ni cuma satu playsafe. Dia betul-betul mengharapkan kemenangan untuk Malaysia. Tapi dia tak sanggup menghadapi kenyataan sekiranya Malaysia kalah pada perlawanan itu nanti.  Dia takut dia kecewa.

Okey anologinya macam ni, Pernahkah engkau berjanji untuk berjumpa dengan seseorang, dan dia lewat sampai pada masa yang ditetapkan. Perasaan engkau ketika itu, engkau sangat mengharapkan yang dia tetap akan datang.

Setelah lama menunggu, engkau memujuk diri sendiri untuk balik ke rumah sekiranya dia masih belum tiba juga dalam masa sepuluh minit. Sekarang apa pula perasaan engkau ketika itu ? Engkau masih sangat mengharapkan dia tetap akan datang, atau engkau sekarang sudah berbelah bahagi dan berharap dia tidak datang dalam masa sepuluh minit itu agar engkau dapat pulang ke rumah?

Sedar tak sedar, engkau sudah meletakkan pertaruhan kedua untuk mengelakkan engkau mengalami total lose. Engkau playsafe. Sama ada orang yang ditunggu datang dan engkau gembira berjumpa dengannya, atau orang yang ditunggu tidak datang dan engkau gembira pulang ke rumah.

Berbalik pada cerita konek tadi. Pertaruhan dia malam itu sekadar untuk menyeimbangkan risiko yang berat sebelah. Dia bijak. Dia menawarkan dirinya 2 pertaruhan yang timbang-rata keputusannya, cuma  akan ada satu menang dan satu kalah. Dia tahu dia takkan menjadi mangsa pada kedua-dua kegagalan dan pada masa yang sama dia takkan berasa megah pada kedua-dua kejayaan. Pertaruhan kedua untuk memotong konek, meletakkan dirinya duduk di tengah-tengah risiko. Dia cuma playsafe.

Kalau Malaysia menang, dia gembira tetapi akan potong konek. Kalau Malaysia kalah, dia kecewa tetapi koneknya masih teguh menongkah arus......kehidupan.

.

1 comment:

Wadi AR said...

inilah lelaki zaman skg. tak sayang konek betul