Untuk mengajar mereka erti putus asa.berikan sedikit harapan yang hampir mustahil, Nescaya mereka akan berlumba-lumba mempamer usaha mengejar harapan kecil tersebut. Dan apabila mereka semakin melunaskan impian tersebut, engkau sentap harapan tadi dari genggaman mereka.
Watak Bane dalam filem Batman juga pernah bercerita. Di pinggir bandar Gotham terletak sebuah penjara bawah tanah yang paling gelap dan dahsyat di dunia. Dahsyatnya penjara itu, bukan kerana kawalan ketat yang memenjarakan isi penghuninya.Dahsyatnya penjara itu, kerana ada disediakan satu-satunya bukaan pintu yang menjanjikan jalan keluar kepada penjenayah-penjenayah berbahaya. Jalan menuju ke pintu penghubung penjara bawah tanah dengan cahaya luar itu, penuh dengan ranjau dan bahaya.Lalu ramai yang telah mati mencuba.
Misalnya engkau ada seorang peminat yang bersungguh-sungguh berjanji untuk mencintai engkau walau apa pun yang terjadi, tidak kira betapa berkerasnya engkau tidak mahu menerima dia buat masa sekarang atau sampai bila-bila nanti. Adakah engkau sudah berpunya dan dia masih berjanji untuk menunggu engkau sampai mati?
Jika mereka ada berjanji, berikanlah mereka sedikit harapan dan jangan lupa untuk menyentap kuat-kuat nanti.
5 comments:
sentapan kuatt
janji tak menjaminkan apa apa. janji my ass!
ni ape pasal marah2 sgt ni sampai cakap pasal punggung?
Wadi,kasi nasihat sikit!
kehkeh. sarah pms ye
Post a Comment