"Macam bangsat kan? "tanya Carter pada lelaki separuh abad di katil sebelah , yang mungkin hampir seusia juga dengannya. Nama dia Edward.
Edward tidak pula menjawab. Dia tidak rasa soalan itu perlukan satu jawapan. Carter juga tidak kisah. Dia kembali fokus pada rancangan kuiz yang tersiar pada televisyen. Sudah berbulan dia terlantar di hospital itu, hinggakan dia sendiri sudah meramal dengan tepat baris-baris ayat yang diucapkan hos rancangan.
" Berapa teruk keadaannya ? " tanya Edward sebaliknya, tiba-tiba
"Kemoterapi?" Carter mengalih perhatiannya sebentar dari skrin,meminta kepastian Edward. Dan Edward mengangguk, sedikit sukar akibat dibatasi balutan pembedahan di kepala dan tiub-tiub wayar yang berselirat keluar masuk dari tubuh.
"Tak adalah teruk sangat. Kalau engkau tidak kisah untuk mengalami muntah-muntah sepanjang hari, melihat urat saraf engkau sendiri bertukar hitam dan perasaan bagaikan tulang engkau diperbuat daripada cecair likat, ia cuma bagaikan satu hari yang tenang di tepi pantai. "
(diadaptasi daripada babak filem Bucket List, 2007)
***********************************************
Laptop pertama yang aku beli pakai duit sendiri adalah pada Disember 2008.Ahh sebenarnya pakai duit biasiswa, Tapi biarlah aku berlagak dengan statement bahawa ia dibeli dengan duit sendiri.
Aku cukup ingat akan ulang tahun kelahiran laptop tersebut, kerana tahun itu juga adalah tahun pertama aku kembali menjadi perokok tegar. Tetapi untuk memudahkan teknik cerita, biarlah aku bahasakan 'laptop tersebut'dengan nama Ridhwan.
Okey, kita mula balik. Ridhwan pertama yang aku beli pakai duit sendiri adalah pada Disember 2008. Mula-mula aku cukup menjaga kesihatan Ridhwan. Ridhwan juga bertugas dengan baik membantu aku dalam melaksanakan tugas-tugas seorang Ridhwan.Aku hadiahkan Rihwan sebiji cooling pad.
Tapi itu cuma mula-mula. Pada pra klimaks cerita Rihwan tadi, Ridhwan cumalah ashtray kedua kepada habuk rokok yang tidak sempat dijentat pada ashtray pertama.
Aku suka minum nescafe sambil hisap rokok depan laptop, terutamanya pada pukul 5 pagi.
*************************************************
Petang AdilAdha itu aku dan Manaf berpeluang melawat Hani di rumah neneknya. Orangnya tidaklah comel mana. Remaja perempuan 22 tahun,berkulit sawo matang tetapi masih sempurna parasnya dari luaran. Dan Hani masih tersenyum menerima kunjungan kami yang tidak diundang,hingga membuatkan aku tertanya-tanya melihat ketabahan dia yang masih mampu berdiri..
Kenyataannya, aku belum pernah berjumpa dia sebelum ini. Dia kawan Manaf ketika sekolah dulu. Jadi aku biarkan Manaf dan Hani berbual, yang secara keseluruhannya banyak berkisar tentang keadaan Hani.
Hinggalah pada satu masa perasaan ingin tahu aku tidak mampu lagi ditanggung, lantas aku bebas juga bertanya.
"Aku pernah tengok cerita Bucket List. Selalunya lepas........."
3 comments:
ouh. ridhwan boleh la kawan dgn kure kure aku lepas ni. kure kure aku pun dah elok
Ridhwan sombong. ridhwan cuma nak berkawan dgn iphone haniz zalika..
yelah, ridhwan nak kawan orang pemes dgn cantik je
Post a Comment