Monday, November 5, 2012
Sebelum Bucket List (episod dua)
Masuk tahun ketiga, Ridhwan mula sakit-sakit dan sukar dioperasikan. Frasa sukar itu lama-lama bertukar menjadi gagal. Aku menghantar Ridhwan untuk dibaiki. Dan pada analisis puncanya, kegagalan itu berpunca daripada overheating, akibat peranti keras dalaman yang dipenuhi habuk rokok dan kontaminasi cemaran.
Cemaran dibersihkan. Ibu peranti ditukar ganti dan Ridhwan menjalani sedikit modifikasi. Ridhwan kembali pulih.
Pulih Ridhwan tidak lama. Proses baikpulih tidaklah sesempurna pembuatan baru. Cukup sebulan dua, Ridhwan tewas lagi. Kontaminasi cemaran sudah disingkirkan, namun kesan sampingan itu masih kekal dan mengugut kestabilan organ-organ lain. Ridhwan mati.
Patah tumbuh, Ridhwan berganti.Baru-baru ini aku kembali beraksi dengan laptop baru. Aku namakan dia Zainal.
Secara luaran,Zainal bukan macam Ridhwan. Namun aku masih aku. Aku suka minum Nescafe sambil hisap rokok depan Zainal, terutamanya pada pukul 5 pagi.
*************************************************************
Aku dan Manaf akhirnya meminta diri untuk pulang. Ada sekali dua aku lihat Manaf cuba memberi kata-kata perangsang kepada Hani. Aku pula cuma diam. Mungkin kerana aku sendiri belum kenal sangat akan Hani dan begitu juga sebaliknya.
Sebelum aku beredar, aku sempat menoleh pada Hani. Daripada parasnya, aku seakan dapat membaca tabah atau menyerah yang terpancar dari matanya.
Aku ingin katakan sesuatu untuk dia, tetapi aku ragu-ragu. Aku sudah punya jawapan kepada satu persoalan, dan masih ada satu lagi yang sangat ingin aku tanyakan. Dan aku terhimpit, antara diam dan tanya.
Petang itu, aku dan Manaf beredar perlahan dari rumah Hani , seorang pesakit kanser thyrod peringkat akhir. Dilanda keinsafan yang singkat, rokok dicucuh di bibir masing-masing apabila semakin menjauhi perkarangan rumah Hani. Dan yang pastinya aku sendiri tidak tahu entah berapa lama masa yang tinggal untuk Hani, dan berapa sekejap pula yang kita ada.
****************************************************
*Skrin memaparkan gambar atap rumah yang beralun-alun. Kemudian, ia diganti dengan animasi logo Warner Bros dengan latar muzik tema pengenalan syarikat filem tersebut.
//(Penonton ditayangkan dengan pemandangan gunung bersalji dari sudut atas. Rakaman kamera semakin difokus dekatkan, membawa bersama emosi penonton seolah-olah terbang bagai seekor burung)
.
.
//(selang dua saat)
.
.
Narrator ( Morgan Freeman sebagai Carter) :
Edward Perriman Cole mati pada May. Dia mati pada tengah hari Ahad, dan ketika itu tidak ada senipis awan pun di kaki langit.
Ia sesuatu sukar untuk menilai kehidupan seseorang. Ada yang berkata nilai kehidupan itu boleh diukur melalui orang-orang yang dia tinggalkan. Ada yang berkata kehidupan itu dinilai melalui kepercayaan. Ada yang percaya ia datang dari cinta. Malah ada yang berkata kehidupan itu sendiri tidak ada nilainya.
Aku?
.
.
*Narrator terus membaca skrip.
( Bucket List bermula)
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment