Thursday, November 8, 2012

#dua

Aku ada satu rahsia.

Apabila engkau membayar sesuatu harga dengan sekeping wang, engkau cenderung untuk memasukkan baki diterima ke dalam dompet tanpa mengira terlebih dahulu.

Rahsia ini benar atas tiga cara. Masyarakat beri sekeping duit kertas, masyarakat melihat juruwang mengira tanpa mempeduli perinciannya, dan masyarakat bukan dalam situasi pokai yang menghitung belanja.

Aku sudah beberapa kali mengalami kebenaran rahsia ini. Sama ada di sebelah pihak masyarakat atau di sebelah pihak juruwang.

Sayangnya aku tak belajar apa-apa. Sampai sekarang aku masih berahsia.

*******************************************************

"Engkau takkan faham apa yang kau nampak. Engkau cuma boleh nampak apa yang kau nak faham sahaja" kata Talib kepada aku sebelum pukul dua belas malam.

Aku ketawa besar. Hari tu Talib cakap benda yang sama tentang telinga. Malam ni Talib ulang ayat yang sama , cuma kali ini tentang mata sebaliknya. Kalau betul apa Talib  kata, kenapa Mahatma Gandhi tak pernah bangkitkan pasal benda ni dulu. Kenapa baru sekarang, dan kenapa ia datang dari Talib.

Aku syak Talib cuma reka-reka."Tak payah cakap berbelit-belit la dengan aku Talib. Pergi mati dengan nasihat ko tu," tempelak aku semula kasar.

Tapi Talib tak marah. Talib tahu aku tak faham. Talib tahu aku masih belum pandai melihat.

"Macam engkau. Kalau engkau dah benci sangat dengan Aliya Maisarah tu, apa yang dia buat pun semua kau nampak serba tak kena," Talib memberi contoh.

********************************************************

"Ayam special satu bro"

Brader burger meletakkan sekeping daging ke atas kuali pembakar leper dan besar. Daging sejuk yang masih berais itu melecur dan berasap buat kali pertama.Tidak lama, singgah sebuah Estima di depan gerai. Seorang lelaki cina turun.

"Lembu satu.. Taruk telur ..macam yang itu," katanya sambil menunjuk acuan benjo.

Masih cuma ada sekeping daging atas kuali pembakar. Mengapa tidak panaskan sekali daging lembu untuk lelaki Cina tadi? Bukankah kuali itu leper dan besar?

Habis sebatang rokok. Burger aku masih belum siap. Jadi aku habiskan masa memerhati gelagat brader burger dan seorang rakan yang menolong. Rakannya di belakang sedang memotong sayur-sayur.

Entah berapa kali aku lihat brader burger menyudip hangit karbon ke bucu kuali, lalu disingkir ke bekas sisa yang tersedia. Sehinggakan aku dapat rasa perniagaan utamanya adalah menyudip hangit karbon, manakala membalik burger di atas kuali panas itu cumalah satu kadang-kadang yang menjadi selingan aksi di antara.

Dan antara dua perbuatan itu, tangannya sering kaku di udara. Buntu dan tidak biasa.








2 comments:

Wadi AR said...

tiga cerita? hmmm pening

Roronoa said...

Tengok la nnt ak nk buat tujuh skali... kahkahkah