Thursday, November 29, 2012

Pemuda Pulang ke Desa

"Aku balik pagi Jumaat pagi. Nak tumpang tak? ",SMS kakak aku yang duduk di Kuala Lumpur.

Aku diam dan berfikir. Keputusan ini sangat sukar. Bukan calang-calang orang mampu membuat keputusan sebegitu. Jadi dua hari kemudian, aku balas SMS tersebut. Itupun ketika aku sudah pun dalam perjalanan ke  stesen Larkin, mencari perkhidmatan bas yang menawarkan perjalanan Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

"Kita balik tengah hari Jumaat. Aku kerja lagi Khamis tu.." -aku

Aku bercadang untuk lepak-lepak sekejap di bumi pertanian dengan lelaki Serdang pagi Jumaat esoknya. Tidak perlulah tergesa-gesa tentang urusan perkahwinan yang bukan perkahwinan kita.  Lagipun kendurinya cuma berlangsung pada hari Sabtu. Kalau balik awal sangat pun, berebut bilik air pula dengan saudara mara. Petang Jumaat nanti barulah timing yang betul-betul cantik untuk pulang ke kampung sambil melihat matahari terbenam dari tingkap bas yang berdebu.

"Akak ko yang lain, balik Pahang bila ? " tanya MatYep yang duduk di kerusi pemandu simpanan kereta.Jejai di sebelah tekun memandang jalan mengemudi kereta.

"Sorang ni je la yang duduk KL. Dulu kakak aku yang nak kahwin Sabtu ni, dia duduk KL jugak tapi nak kahwin dia dah pindah berenti kerja" jawab aku sambil menekan touchsreen handset. Ada SMS masuk.

" Nikah lepas Zohor. Tak sempat nanti ". Reply daripada kakak aku.

Aku sedikit terkejut. Baru aku teringat yang setiap kahwin itu ada akad nikahnya. Dan aku tak tahu-menahu langsung  bahawa perkara itu akan dilangsungkan pada hari Jumaat. Nampaknya sudah lama benar aku tidak bertanya khabar dengan saudara kandung. Entah mereka terkilan atau tidak, peduli atau biarkan. Kali terakhir seingat aku, aku ada SMS mereka lebih sebulan lepas ketika aku baru sampai di Johor Bahru dengan SMS yang berbunyi "Dah sampai".

Tiba-tiba aku baru teringat lagi. Aku masih ada seorang lagi kakak yang menetap di Kuala Lumpur.Maknanya, bukan seorang. Tapi dua.






3 comments:

broken_nigina said...

bertuah.

Wadi AR said...

manja jugak kau ni benanya. 'iteww'

Roronoa said...

mana ada manja. aku pakai rantai emas kot...