![]() |
| Atas bukit,tingkat tiga. Dinding kaca (dari luar tak nampak dalam) mengadap pemandangan Kuala Lumpur. Kalau buat tingkap karang, nyamuk Aedes masuk pulak nanti. |
Nak masuk kena pakai lif, yang dilengkapi security retina scanner dan cap jari. Kalau nak bukak safety box, kena keluarkan buku tertentu dari mini library supaya membentuk kombinasi kata kunci rahsia. Tapi dalam safety box pun aku cuma simpan surat beranak dan gambar Thierry Henry tengah sepak bola. Duit, geran tanah, diari, kad pengenalan apa semua aku simpan dekat bank.
Kebanyakan perabot diperbuat daripada kaca, sebab aku suka akan elemen transperansi. Daripada meja santai, meja kerja, rak buku, rak display sampai la kabinet bar, semuanya diperbuat daripada kaca bermutu yang diimport khas. Tapi sebagai orang Islam, bahagian mini bar tu aku cuma simpan botol oren, air asam jawa dan bandung cincau. Minuman paling keras pun cuma Babrican dan air Do the Dew sahaja.
Lagi satu yang aku cukup pantang , makanan luar tak boleh bawak masuk. Nanti bersemut.

1 comment:
ini impian je kan? takpe, aku cakap dgn engineer rapat aku tolong realisasikan impian kau
Post a Comment