Tuesday, December 4, 2012

Pada Siapa

Talib baru pulang dari bermain futsal.Talib berasa sangat letih sekali. Oleh itu, Talib singgah di restoran brader tomyam lalu terus mengorder air teh ais bungkus ikat tepi.

"Teh ais bungkus satu. Ikat tepi yekk ,"

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Talib sempat merenung teh ais bungkusnya dengan penuh berahi. Kuning pekat yang berais itu nampak cukup mengasyikkan, nampak seperti tenang muara sungai Pahang ketika musim tengkujuh yang sejuk. Talib berasa sungguh Winter Sonata. Namun,Talib berkeras tidak mahu minum di situ. Talib lelaki berprinsip. Dia bertegas mahu meneguk keasyikan itu cuma bila tiba di rumah bersama kelazatan biskut coklat Munchys yang berkrim vanila. Dibilas pula dengan Dunhill 20, keindahan itu memang sukar untuk digambarkan. Hampir meleleh air liur Talib bagaikan seekor anjing yang menyalak ahli politik dari Parlimen Kinabatangan.

Sesampainya di rumah, Talib segera menggantung teh ais pada sendal tingkap sementara dia menyediakan persiapan makan yang lain. Talib berasa girang yang amat. Tiba-tiba, teh ais bungkus Talib tergelincir dari besi penyendal langsung jatuh ke luar tingkap.

Pelepapppppp...

Bungkusan teh ais Talib mendarat di lantai tingkat satu yang mengejek. Air,ais konkrit dan dendam bercampur-baur di atas keras simen, meresap dan jiwa ke dalam jiwa satu sama lain. Talib cuma mampu tersenyum mengeluh. Talib mahu marah, tetapi Talib tidak tahu mahu marah pada siapa. Sudahnya Talib cuma tersengih keseorangan.Silap Talib juga kerana tidak berhati-hati tadi.

Talib segera mencapai Samsung Wonder di hujung meja. Talib mahu mencurahkan kekecewaannya pada teh ais dan harapan. Cuma seorang yang faham isi hati Talib ketika itu,iaitu teman wanitanya. Talib tangkas menaip sepucuk message kepada teman wanita. Setelah cukup dibaca Talib sebanyak tiga kali,Talib hantar pesanan.

"Awak ! "-Talib,pesanan ringkas

Lama Talib menunggu teman wanita pesanan ringkasnya dibalas. Talib tutup bukak tutup bukak bebutang Bluetooth akibat kebosanan menunggu. Cuma selang sepuluh minit, baru SMS Talib berbalas.

"Yee sayang ! "- teman wanita,pesanan ringkas

Talib baca message dengan hati yang membara. Bukan main pantas lagi jari-jemari Talib menaip message. Kali ini lebih pantas dari yang tadi. Sedikit pun tidak kekok Talib menaip menggunakan kaca sesentuh yang licin rata permukaannya.

"Kenapa lambat reply? Engko dah tak sayang aku ke? " -Talib,pesanan ringkas.


2 comments:

Wadi AR said...

jenis tak sabar lu ni talib

Roronoa said...

sapa lagi yang sanggup bersabar?