Tadi aku pergi makan dekat kedai satu brader Siam. Aku datang bertiga. Order pun biasa-biasa, Tak sampai lima belas minit, order sampai dan kami berpuas hati secara ringkasnya. Pelayan-pelayan kedai Siam pun nampak senang hati dengan kami yang tak banyak kerenah. Maknanya mengikut cerita brader Siam dalam blog dia sendiri , cerita kami bertiga datang makan ni cuma cerita biasa-biasa. Tak boleh up traffic blog dan income Nuffnang langsung. Lebih baik berniaga tomyam.
Sepatutnya brader Siam ni kena up cerita satu keluarga yang makan depan meja aku dalam blog Siam dia. Kalau ikutkan nombor plat, kalau itu bukan kereta curi jadi memang betullah keluarga ni berasal dari Singapura. Tengok daripada cara keluarga ni order makan, ini memang satu jenis keluarga yang demanding dan penuh dengan hasrat.
Ayah mintak pinggan kosong. Mak mintak nasik tambah tiga pinggan. Sekejap-sekejap nenek mintak sambal belacan. Kakak sulung mintak tukar nasik goreng, taknak sayur. Mak panggil pelayan sekali lagi tanya mana nasik tambah tiga pinggan. Ayah cakap, dua pinggan sudah cukup. Adik ipar mintak pamer sijil halal. Nenek merungut sambal tak pedas. Anak kecik menangis mintak belikan robot.
Sampaikan satu peringkat, tiga orang pelayan sekali terpaksa datang sebagai memenuhi hasrat keluarga yang penuh dengan kerenah itu. Semuanya brader Siam dan pekerja terpaksa tunaikan. Kalau jin , selalunya dia akan tunaikan tiga hasrat sahaja. Kalau toyol sekalipun, kalaudia tunaikan hasrat macam tu punya demanding, dia akan mintak hisap darah ibu jari kaki sampai kecut sebagai balasan.
Jadi berbalik kepada realiti kehidupan aku pulak, kalau boleh aku nanti nak cari calon isteri yang datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Aku bukan brader Siam nak entertain semua kehendak mertua yang macam-macam. Aku malas. Aku taknak hidup complicated. Aku nak hidup yang biasa-biasa.
Hujung minggu bapak mertua ajak main golf. Tapi mak mertua mintak tolong tanam bonzai. Anak saudara mintak belikan robot. Nenek mertua tak suka makanan pedas. Belanja hantaran mintak RM30k. Abang ipar suggest pergi honeymoon dekat Venice sebab tak mahal sangat. Bapak mertua suruh buat majlis kahwin dekat Genting. Bini merajuk, bapak mertua cepat-cepat upah peguam. Bila aku melawan, mak mertua cakap aku kena buatan orang. Aku beli sofa baru, kakak ipar tuduh aku main nombor ekor. Aku pergi masjid, diorang cakap tak payah nak tunjuk baik. Aku out station, abang ipar cakap ada terserempak dekat pusat snooker.
Secara streotypenya, keluarga demanding macam ni datang dari golongan orang kaya. Boleh jadi ada pangkat Datuk dan suka berbual tentang projek juta-juta.
Kalau boleh aku nak cari calon isteri yang datang dari keluarga biasa-biasa sahaja. Tak ada syarikat pun tak apa. Lagi elok kalau dapat keluarga mertua yang jenis sempoi-sempoi tak kira masa.
"Ikut engkau la Tomasyukk. Bapak taknak masuk campur hal kau anak-beranak," kata Friedel Luxemburg pada brader Siam sambil menghirup tomyam seafood.
.
1 comment:
tengok nama bapak pun dah tau jenih kaya
Post a Comment