Saturday, November 17, 2012

Suatu malam di Banafee

Mereka datang bertiga. Seorang lelaki berkulit putih, berkemeja hitam dengan spek rabun power tinggi, mungkin dalam lingkungan 24 hingga 28 tahun. Aku jadikan watak dia sebagai lelaki A. Rambutnya disisir rapi ,sengaja dibiarkan jatuh sedikit menutup pangkal dahi . Seorang lagi , wanita berambut panjang bawah bahu sehingga menutupi lapisan baju berwarna putih yang satu per empat transparen. Aku panggilnya Wanita B. Sayang kerusinya membelakangi aku, membiarkan aku cuma terhidang cuma bahagian rambutnya yang keperang-perangan.  Aku tak rasa itu warna rambutnya yang asli.

Di antara mereka bertiga, ada seorang lelaki yang sedikit berumur, sudah memasuki fasa tengah 40-an. Tetapi jiwanya  jauh lebih muda. Galaxy Note 2 di tangannya, adalah strereotype yang sedikit menceritakan . Blackberry selalunya adalah pilihan lelaki berusia yang berkerjaya, sementara Android seakan lebih menawarkan keseronokan yang kena pada jiwa orang muda. Entah aku tak tahu kenapa. Jadi di sini dia memainkan watak dominan selaku yang paling tua dikalangan isi meja. Mungkin sebagai bapa tetapi bapa siapa? 

Baru sebentar duduk, lelaki A meminta diri beredar ke tandas restoran . Aku beralih pula ke meja sebelah kiri, menawarkan fokus pada sekumpulan lelaki sekitar cecah lima puluhan. 

Empat lelaki dan empat shisha. Jelas sekali duit bukan persoalan utama bagi mereka. Ini juga bukan soal kepuasan. Engkau boleh berkongsi satu shisha dengan dua lelaki lain dan masih berasa puas. Tetapi ini lebih kepada gaya hidup korporat.Korporat jarang sekali mengamalkan sistem kongsi dan bayar tong-tong.  

Malah kehadiran shisha itu sendiri menandakan mereka ada di situ atas tujuan hang out.Mereka hang out untuk merapatkan hubungan sesama secara zahirnya, lantas membuka ruang untuk meramaikan lagi 'people in your circle' dan meluaskan lagi peluang dalam melebarkan empayar perniagaan. Dalam dunia korporat, hang out juga adalah sebahagian daripada kerja. Mereka adalah mesin mencari peluang yang bekerja tak kira masa, mampu ketawa bersama-sama orang-orang yang mereka tidak suka. Tetapi menangis bukan kepakaran mereka. Itu korporat. Kau kena terima.

Tiga lelaki Melayu dan seorang Cina memakai rantai. Lelaki Cina itu nampak masih muda. Aku cuba mencuri dengar apa yang mereka bualkan. Bahasa Inggeris menjadi perantara. Tapi butirannya tidak jelas. Aku gagal menangkap sebarang topik utama.

Tapi bagi aku, itu tidak mengubah apa-apa. Mereka sudah game over. Empat lelaki korporat atas tujuan hipokrasi hang out separa bisnes. Mereka adalah soalan yang paling mudah dibaca, dan aku tak peduli jika aku silap. Ada ramai lagi yang silap seperti aku di luar sana. Ahhhh pedulikan mereka, aku mahu fokus pada pasangan di meja hujung hadapan pula.

Kata Rozairi, pasangan itu cumalah gadis escort dan lelaki yang punya duit dan masa lapang. Tapi aku bukan macam Rozairi. Tuduhan Rozairi cuma streotype. Dia menilai pada kulit depan cerita. Tekaan aku pula berdasarkan pemerhatian pada corak lazim semula jadi yang gagal menyembunyikan latar cerita rahsia mereka. Berbeza bukan?

Lelaki separuh abad dan jika aku seorang wanita yang memilih lelaki atas dasar rupa, keluar dengan lelaki sebegitu ibarat bertengkar dengan prinsip sendiri. Bahasa mudahnya, lelaki itu bukan muda dan bukan menarik sangat. Perempuan berambut pendek atas bahu di sebelahnya lebih menumpu pada persembahan live band di pentas utama sebaliknya. Hubungan mereka belum rapat. Aku mengesan jarak 20 tahun antara mereka berdua.

Mereka memilih untuk makan di meja yang paling belakang. Sama ada itu satu-satunya pilihan, atau  sense of privacy yang menjadi isu. Manusia mahukan privacy untuk aktiviti yang mereka ingin lakukan untuk mereka sendiri. Itu alasan biasa. Tetapi ia masih menghasilkan corak yang keliru. Namun itu masih belum cukup kuat.

Aku memerhati pula cara lelaki separuh abad itu duduk. Punggungnya mendarat di tengah kerusi,manakala bawah bahunya rapat pada bahagian penyandar. Cara duduknya menggambarkan dia tidak terlampau mengambil seriyes dengan siapa yang sedang dia hadapi. Dia watak dominan antara mereka berdua. Dia tidak teragak-agak bagaimana mahu berperwatakan, kerana dia tahu dia sedang menguasai keadaan. Mungkin betul kata Rozairi, dia membayar dan dia berhak.

Ahhh jangan terlampau segera membuat kesimpulan. Permainan masih panjang.Aku kembali mengalihkan perhatian pada meja sebelah kanan. Lelaki A sudah pulang dari tandas. Duduk di antara, wanita berambut perang tadi yang mula mendedah coraknya. Sekejap tangannya menyisir rambut ke depan dada , sekejap dibiarkan lurut memanjang ke belakang bahu, sekejap diikat gantung mengikit gaya yang paling aku suka, dan sekejap lagi dibiar lepas semula.


bersambung (kalau aku rajin)....


2 comments:

Wadi AR said...

ceh. panjang panjang berkerut aku baca bersambung pulak. aku ingat dah habis

Roronoa said...

aku lagi la penat menulis weyhhh..kahkahkah