Aku nanti kalau boleh taknak jalan hidup yang complicated sangat. Biar yang biasa-biasa je. Contohnya macam kerja di sebuah kilang buat contact lens di bandar Segamat. Aku taknak duduk Kuala Lumpur.Kuala Lumpur ni penduduk dia banyak masalah.
Gaji aku masa tu ada la dalam RM2500. Belanja makan tengah hari pun setakat beli lauk ayam seketul dan sayur sejemput. Kalau ada duit lebih sikit, baru la merasa makan udang goreng tepung.
Kereta pun aku pakai kereta yang biasa-biasa je.Masa tu aku cuma guna kereta Proton Iswara beli 2nd hand. Enjin stended tapi body aku kasi lowered sikit. Selalunya aku tak bagi naik kereta aku sampai lima orang.
Masuk umur 28, aku beli satu rumah teres setingkat dekat area-area tempat kerja. Rumah kecik dua bilik macam biasa-biasa tapi sesuai la dengan harga bulan-bulan yang aku kena bayar.
Bila lengkap rumah ada kereta ada, aku kahwin dengan seorang kerani kilang tempat aku kerja. Makwe ni tak ada la cantik mana. Dia cuma dua tahun lagi muda dari aku. Aku kahwin dengan dia pun bukan atas dasar cinta sangat, tapi lebih kepada nak sambung zuriat. Kiranya jodoh kami ni pun sekadar biasa-biasa sahaja. Bercinta pun jenis ala kadar. Kalau sambut hari jadi sekalipun, aku belikan dia ayam KFC dua ketul yang macam biasa-biasa tu.
Nak bagi hidup aku lagi biasa-biasa, kira stended la bila aku suruh dia berenti kerja jadi suri rumah sepenuh masa. Dalam masa sepuluh tahun, kami dikurniakan tiga orang anak.
Anak aku tu pun nanti aku bagi pelajaran yang biasa-biasa je. Aku taknak mereka bercita-cita terlampau tinggi sampai nak jadi angkasawan. Nanti payah nak uruskan hal macam-macam.Cukuplah aku besarkan mereka, supaya mereka menjadi orang dan bekerja biasa-biasa macam aku jugak.
Aku bukan taknak bercita-cita hidup senang. Tapi aku taknak hidup aku nanti jadi complicated sangat. Banyak masalah nanti. Jadi biarlah aku pilih jalan hidup biasa-biasa.
Mak datuk. Bukan main seronok lagi hidup biasa-biasa ni sampaikan tak ada masalah langsung aku nanti rupanya.
No comments:
Post a Comment