Adakah duduk bersembang dengan dua tiga lelaki lain tentang modifikasi enjin kereta itu bermaksud kita sudah dewasa?
Ataupun membaca majalah Forbes di kopitiam itu tandanya kita sudah cukup matang untuk bercakap tentang soal hantaran tinggi ataupun hukum nun mati bertemu ba ? Salahkah kita bersiul melihat punggung budak Tingkatan Lima yang baru pulang dari kelas tuisyen Cikgu Azhar?
Bagaimana pula dengan membeli smart phone pakai duit biasiswa, ataupun makan lolipop sambil memegang pistol dalam jaket hitam kulit ? Kalau keluar dating dengan makwe, patut bawak dia makan char kuey tiow tepi longkang sekolah menengah cina ataupun makan di restoran menjual ayam ikut lorong pandu lalu? Nak kira sekali ke nak bayar asing-asing?
Sepatutnya ada satu garisan yang harus memisahkan antara menjadi korporat, atau menjadi dewasa. Jika dilakar persamaannya pada satu peta minda, mungkin ada perwatakan yang akan bertindan antara kedua-duanya. Inilah namanya gampang yang kerap menyamar dan membohongi jiwa pemuda-pemuda, yang datang dalam bentuk rasa-rasa "mungkin belum sampai masa untuk aku mencari jodoh ".
Jika definisi dewasa itu boleh dipertikai relevannya melalui ukuran umur mahupun saiz tetek, mengapa pula ia wajar dihubung kait dengan elemen korporat. Adakah masuk tidur dengan pijama sutera itu membawa makna kita telah dewasa, ataupun sebelum tidur mengira kambing itu pula adalah lawak yang sangat outdated. Jika begitu sifir dewasa,aku sekarang
seharusnya tidak berganjak dari Tingkatan Dua. Mana ada dewasa untuk aku, yang mencemuh korporat lebih dari segalanya. Okey yang ini aku melampau betul.
Namun pokok pangkalnya, pemuda miskin juga berhak menjadi dewasa. Pemuda miskin juga berhak untuk dianggap matang dan romantis oleh makwe-makwe pejabat. Budak-budak praktikal juga wajar diberi peluang untuk menampar meja sambil menengking pengurus syarikat.
Mengapa ada diskriminasi yang membalut kemas impian menjadi dewasa, dalam kelambu korporat berbenang emas yang bersalut emping jagung rangup dari ladang gandum yang mekar? Babi apa semua ni? Babi apa? Salah siapa, yang memutar belit jalan singkat menuju tema hari dewasa untuk semua?
"Tak boleh beb. Aku ada hal sikit," jawab aku kepada seorang rakan sekerja yang mengajak bermain golf pada hujung minggu lalu. Padahal dalam dompet cuma tinggal tujuh belas ringgit, macam perangai dompet-dompet budak Tingkatan Dua juga.
No comments:
Post a Comment