Aku macam fifty fifty lagi je ni antara nak pergi tak nak pergi kerja esok. Jadi macam ni. Kita cuba ukr masalah ni melalui sudut worst case scenario.
Contoh la kan. Talib kerja kilang dekat Segamat. Tiap-tiap pagi Talib masuk kerja pukul lapan. Sebelum start kerja, selalunya supervisor Talib akan bagi taklimat menaikkan semangat pagi.
"bekerja la bersungguh-sungguh, demi anak dan isteri di rumah"
Sehinggalah pada suatu hari anak dan isteri Talib mati dalam kemalangan jalan raya semasa pergi ke Putrajaya. Habis untuk siapa Talib bekerja bersunggu-sungguh selepas ini? Untuk siapa?
Jadi sebagai menyelami kesedihan maha dahsyat yang dialami Talib, aku rasa aku macam dah malas sangat nak pergi kerja esok.
No comments:
Post a Comment