Sunday, September 9, 2012

Pesan Talib kepada masyarakat.

Pada Talib cuma ada tiga perkara yang paling sukar difahami. Perempuan yang datang bulan, pemikiran orang seni dan trigonometri.
Sukar disini bermaksud subjektif yang sukar.
Subjektif bermaksud kehendak soalan yang jawapannya boleh jadi apa-apa sahaja. Subjektif yang sukar pula bermaksud kehendak soalan yang jawapannya boleh jadi apa-apa pun salah.
Misalnya  "kenapa u buat muka macam tu?",pengetua yang memuji contengan graffiti di dinding tandas sekolah, dan cosine inverse kuasa empat puluh empat. Ini cuma contoh untuk bagi kau faham.
Perempuan yang datang bulan, pemikiran orang seni dan trigonometri. Ingat 3 benda ni. Kalau kamu jumpa kamu jangan lawan, kamu harus lari.
Pesan Talib pada pagi Jumaat.

No comments: