Thursday, September 13, 2012

Cinta agung berkalang noda babi apa

"kalau awak nak kahwin dengan saya, duit hantaran family saya letak 20 ribu. Saya kan ada ijazah kejuteraan landskap ," kata Intan Normalasari dengan senyuman yang paling menawan.

Aku mengangguk senang. Duit bukan persoalannya. Lagipun kan Intan Normalasari ada ijazah dalam kejuruteraan landskap.

Seminggu selepas itu aku mula bekerja part time sebagai pelayan di sebuah restoran masakan tomyam Thai. Siang di ofis sebagai seorang pegawai di pejabat tanah, malam pula sibuk bertugas mengambil pesanan pelanggan. Masuk hari kelima, aku demam.

Semenjak hari itu, aku berkeputusan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Intan Normalasari yang ada ada ijazah dalam kejuruteraan landskap.

No comments: