Friday, September 14, 2012

cinta agung berkalang noda babi apa (episod 2)

Selepas percintaan aku dan Intan Normalasari gagal, aku berkenalan pula dengan Farah Asyikin. Dalam masa tiga bulan kami mengenal hati budi masing-masing, percintaan kami menjadi semakin steady. Makan malam kami berdua pun sudah tidak lagi dibayar secara kira asing-asing. Hinggalah pada suatu makan malam, aku menyuarakan hasrat untuk menyunting Farah Asikin.

"Kalau betul awak nak kahwin dengan saya, family saya letak hantaran 20 ribu ringgit  tau. Lagipun saya kan ada ijazah dalam kejuruteraan seni bina dan ukur bahan "jawab Farah Asyikin dengan senyuman yang paling menawan.

Aku mengangguk senang. Duit bukannya persoalan .Lagipun kan Farah Asyikin ada ijazah dalam kejuruteraan seni bina dan ukur bahan.


Seminggu selepas itu aku mula bekerja part time sebagai pelayan di sebuah restoran masakan tomyam Thai. Siang di ofis sebagai seorang pegawai di pejabat tanah, malam pula sibuk bertugas mengambil pesanan pelanggan. 

Genap tiga tahun kerja keras , duit simpanan aku sudah melebihi dua puluh ribu ringgit Malaysia. Lalu aku pun membeli sebuah meja snooker untuk diletakkan di ruang tamu rumah emak di kampung. Ada baki duit sikit-sikit, aku belikan adik-beradik aku basikal fixie sorang dua.

No comments: