Thursday, August 2, 2012

Tentang Haziq Farhan

Beberapa bulan lepas gua pernah berpesan kepada seorang rakan sebilik ,Haziq Farhan supaya mengunjungi gua di hospital sakit jiwa bila tiba satu hari nanti.

"Tuduhan membunuh tu cuma dakwaaan palsu untuk menutup mulut aku. Ada golongan-golongan atasan yang tidak mahu aku mendedahkan tentang projek X-Murali dan kajian tentang gen 45Biko"
Haziq ketawa mengekek, namun segera dia menutup mulutnya apabila melihat gua cukup tegas kali ini.

"Mereka orang yang berpengaruh dalam kerajaan. Sindiket professional yang berselindung di sebalik nama organisasi kebajikan dan perniagaan kain sutera. Mereka sanggup dan mampu buat apa sahaja untuk hapuskan orang-orang macam aku" sambung gua lagi. Gua dapat melihat Haziq Farhan masih lagi tersengih, menyangka gua terlampau obses dengan organisasi terancang dan fiksyen kongsi gelap Barat.

"Habis tu kenapa aku kena melawat ko pulak nanti? Isteri, anak-anak, adik-beradik kau semua mana? Kenapa kau tak laporkan pada  polis Bantuan,Interpol, Gerak Khas,Roda-Roda Kuala Lumpur ataupun Di Sebalik Awan " soal Haziq Farham sedikit ragu dan selebihnya adalah bangang. Gua yakin dia masih menyangka gua sedang bergurau senda. Namun dia cuba untuk kembali memberi perhatian apabila melihat gua sangat seriyus,garang dan menyimpan jambang.

Keadaan sepi dan pegun sebentar. Seolah-olah masa tergantung pada dimensi kaku, memerangkap lembab pergerakan dalam ruang vakum yang sengaja statik lalu membiarkan cuma gua dan Haziq Farhan sebagai pelakon dengan skrip yang berkisar tentang jenayah antarabangsa.  Gua diam sejenak. Tiada pilihan. Cuma Haziq Farhan yang boleh gua harapkan sebagai menjamin tiket untuk gua bebas nanti.

"Masa tu semua orang ingat aku gila. Cuma kau seorang yang akan percaya aku masa tu. " terang gua sebagai menjawab persoalan Haziq Farhan tadi.

Haziq Farhan tersengih percaya tak percaya.
.

2 comments:

Sang Harima said...

Sambung woi. Jangan habis macam ni ja.

Roronoa said...

jangan risau.final episod boleh didownload dalam format 3gp.