Friday, August 3, 2012

Semangat Final seorang rakyat Malaysia

"Cepat-cepat tayangan dah nak mula. Semua bergerak ke dewan" . jerit ketua Tingkatan kelam kabut lalu terus tergesa-gesa bergegas pergi. Belum sempat gua meminta apa-apa clarification, beliau sudah hilang dari pandangan. Ini menandakan perkara tayangan tadi boleh jadi sangat musatahak dan harus disegerakan.

"Tayangan menatang palat mende pulok petang-petang ni". Budak Felda Bukit Tajau bertanya kepada gua. Padahal mana la gua tahu. Gua pun baru ada pengalaman beberapa minggu bermastautin di Sekolah Sains  depan pasaraya Tunas Manja Taman Tas tu. Sama macam budak Felda Bukit Tajau , gua berada di Tingkatan Satu Sepakat yang terletak di blok paling tepi tingkat atas dan banyak tahi burung di koridor.

Jadi untuk mendapatkan kepastian, gua bertanya kiri dan kanan. Melalui beberapa maklumat orang dalam, khabarnya tayangan ini dilangsungkan atas ikhsan guru-guru kepada budak-budak sekolah yang cukup tegar mengikuti rentetan final tersebut ketika cuti penggal sebelum ini di rumah. Jadi atas tiket final, budak-budak Sains diberi kelonggaran untuk menontonnya secara langsung ketika prep petang. 

Bercakap tentang final ni, dalam kepala gua dah terbayang Wong Chun Han dengan baju besar labuh belang-belang harimau angkat bola smash lalu drop betul-betul atas jaring kawasan lawan sambil tertiarap atas lantai (zaman ni Datuk Lee Chong Wei budak lagi) . Pihak lawan berasa sangat terkejut lalu terus mengangkat  tangan menyerah kalah . Kamera mengambil gambar dua tiga orang penyokong yang hadir dalam mood zoom supaya hadirin nampak ramai dan menyokong industri sukan.

Bercakap tentang final , gua terbayang lagi final Piala Malaysia antara pasukan Pahang menetang Selangor  pada tahun 1997. Perlawanan terikat kosong kosong sehingga berlanjutan ke golden goal. Pemain tengah Selangor,Aizal Lamin tendang bola pakai firasat dan tak tengok membe dekat mana. Bola melambung di udara lalu pemain tengah Tok Gajah tertanduk kebalakang, sebelum sekali lagi ditanduk kena tak kena oleh rakan  pertahanan. Bola jatuh betul-betul atas kaki sriker Merah Kuning, Kiwomnya di depan pintu gol. Teringat muka Ahmad Shaharudin Rosli, Azizul Kamaludin, dan pemain import Pahang,Koffi Anfiah lepas kalah malam tu, gua dah jadi down nak cerita pasal Pahang ni.

Borak punya sedap borak, akhirnya gua dan budak Felda Bukit Tajau sampai ke dewan yang diberi nama Al-Budiman. Masa tu dewan memang dah penuh . Masing-masing sudah sibuk bersila atas lantai. Lelaki di sebelah kanan, perempuan di sebelah kiri demi menjaga batas-batas pergaulan antara jantina.Kelihatan Encik Rizam sibuk setting projector LCD yang senget pada skrin di kepala pentas. Hadirin duduk diam berdebar tunggu finaldan tak berapa havoc sangat lagi.

Selang beberapa minit, wajah seorang lelaki Latin dengan kereta tak ada atap muncul di paparan skrin dengan logo TV3 terpampang di sudut paling atas kanan. Lagu latar Sepanyol yang mengusik kalbu pun berkumandang.

Fernando Jose dan Samarinda Ayamo cium mulut di dapur. Hadirin bersorak girang.

.






2 comments:

loqhf'' said...

Ahaha, sekali dgn kau layan fernando jose

Roronoa said...

Itu dia haziq farhan , siaran lngsung dr ipad tiga