"Beb. Ko ada Twitter tak ? " tanya Talib sambil lewa kepada gua pada hujung November tahun lepas,yang mana kalau tak silap gua, tahun kuda belang mengikut kalendar Cina purba.
Gua senyum sinis, sedikit mengejek Talib yang lalai bermain Twitter dengan komputer riba pada sudut meja. Soalan Talib bagaikan satu jenaka. Dan gua mula bercerita kepada Talib yang jahil.
Gua percaya kepada satu prinsip yang mana bukan semua sesuai untuk semua.
Di sini gua membangkitkan kewajaran penggunaan Twitter yang bertindih dengan aplikasi Fesbuk. Pada pendapat gua, secara anologi mengapa membeli mesin kelapa dalam pada masa yang sama tegar menggunakan santan paket.
Begitu juga dengan twitter tadi yang secara teorinya bersifat lebih mobil. Bermain twit dengan komputer meja, tidak membawa apa-apa kelainan berbanding Fesbuk yang statik dan pegun lanjurannya, kecuali pada muka latar, cirinya yang lebih mesra pengguna dan tidak terikat dengan formaliti dan belenggu kehubungan sesama. Di sini gua terpaksa akui bahawa Twitter lebih jauh menerajui takluk kebebasan bersuara, yakni menawarkan telinga yang jauh lebih terbuka menerima.
Namun hakikat ini cuma benar berteraskan persoalan akar, seberapa mobil twitter itu pada paksi radius penggunaannya? Jika ia beroperasi berlandaskan agenda 'melaporkan' di atas platform telefon pintar, maka kewajarannya cukup berkesan. Jika tidak, gua lebih selesa dengan konservatif Fesbuk pada komputer meja. Dan gua sendiri berazam, cuma akan membuka akuan Twitter sesudah memiliki peranti telefon pintar sahaja. Muktamad.
Talib tercengang mendengar penjelasan gua yang penuh dengan hujah, lagak seorang cendekiawan dari sebuah negara negara dunia ketiga.
"Ko cakap apa ni babi. Aku tanya ko ada Twitter tak?" soal Talib berterus terang.
Beberapa minggu selepas itu, gua angkat Iphone sebijik.
3 comments:
duniawi twitter
twitter nama apa? kahkahkah
Sahak.. cuba cari nama sahak
Post a Comment