Saturday, August 11, 2012

Tentang Haziq Farhan (episod 2)

Haziq Farhan diam tak tahu nak cakap apa. Perasaan ketika itu agak ganjil. Lima belas tahun tidak ketemu dengan rakan-rakan lama, sepatutnya banyak perkara yang boleh dia, Zaki dan Ashran bualkan. Namun sebaliknya pula ketika itu. Mereka mati kata. Menanti siapa yang mahu membuka topik baru.

"Jangan main api". Zaki menampar lembut belakang tapak tangan anaknya yang cuba mencapai pemetik api di muka meja. Budak perempuan dalam lingkungan 5 tahun itu menarik muka,merajuk.

"Aki, budak batch kita tinggal ko sorang je la yang kerja dekat Singapore kan?" tanya Ashran setelah lama berdiam dari tadi.

"Aah! Tak silap aku memang tinggal aku sorang je,"

"Ehhh bukan Pyol dekat sana juga ke?" pintas Haziq Farhan tiba-tiba.

Zaki mengangkat kepala,mula mengalihkan perhatian dari anak perempuan nombor tiganya. Dah berapa kali nak pesan, pergi reunion jangan bawa anak kecik. Nanti sibuk dengan hal-hal lampin berbanding nostalgia.
Namun dilihat dari riak wajah Zaki, soalan tadi semacam cukup kontroversi.

"Korang tak tau ke cerita pasal Pyol tiga tahun lepas,"

Haziq Farhan tercengang. Dia sendiri tidak pasti sama ada jawapan Zaki tadi bersifat soalan atau penyataan. Tapi dia cukup tertarik untuk mengetahui perihal bekas rakan sebiliknya itu. Sudah 13 tahun tidak bertegur sapa, hilang khabar berita. Entah macam mana bentuk badan dia sekarang. Jangan-jangan macam StoneCold tak.

"Sekejap lagi aku cerita," sambung Zaki lagi sambil melambai tangan ke arah seorang pelayan restoran.

"Tambah milo ais satu"

bersambung...

No comments: