Wednesday, August 8, 2012

Puisi untuk Rohana

Gua ingat umur 35 nanti gua nak berenti kerja. Selepas itu gua akan mula berkecimpung dalam scene membaca puisi di jalanan dengan lebih seriyes secara sepenuh masa.

Cadangnya gua akan membawa puisi yang bertemakan kasih sayang sejagat serta kepentingan menjaga alam sekitar dan bentuk badan. Gua baca puisi bukan untuk duit. Gua baca puisi atas nama kesedaran dan tanggungjawab masyarakat. Pernah juga sekali dua gua dihulur dengan duit nanti. Tapi gua berkeras menolak. Niat gua turun ke jalanan bukan untuk mengemis, kata gua.

Sehinggalah lama kelamaan isteri gua mula berani memberontak.

"Habis kita anak beranak nak makan apa ," katanya tegas.

Gua memandangnya lembut sambil tersenyum.Kemudian gua deklamasikan dia sebuah puisi bertajuk "hijau daun" yang cukup syahdu irama, dan mendalam maksudnya. Dia jadi terkebil kebil begitu asyik mendengar sehingga akhirnya terlena di pangkuan gua, sehingga terbit fajar siddiq.

Esok masih panjang. Apabila perut mereka lapar nanti, gua akan bacakan pula puisi bertajuk "pawana hitam putih".

2 comments:

Wadi AR said...

seloka untuk wadi takde?

Roronoa said...

Xde la bro.gua bawak satu je tadi