Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Jadi


Macam ni. Sebenarnya baru gua teringat dah lebih 3 tahun jugak gua main blog ni. Maksudnya juga blog gua ni sudah menempuh 3 kali Ramadhan. Mungkin tahun depan gua dah boleh start ajar dia puasa penuh dan bayar zakat fitrah sendiri.

Ketika rakan-rakan seblogger yang lain sudah ramai  yang quit dari bidang yang tak tahu ke punca ni , gua masih lagi steady dan sedikit berevolusi. Sama ada yang putus cinta dan main blog hari-hari sampai la dah bercinta balik dan terlupa url blog sendiri, ataupun alasan kesibukan bekerja dan sedap makan gaji bulan daripada elaun nuffnang , gua tetap hormati keputusan mereka. Blogger bukanlah satu kareer, apatah lagi jatuh pada jenis pekerjaan yang akan membuatkan bakal mertua gagah bercerita. 

Sampai suatu masa gua juga akan melalui fasa itu nanti. Dan gua masih berpegang pada satu kepercayaan, orang tulis blog cuma atas 5 prinsip utama . Bisnes, seni , informative ,ekspresi diri ataupun lonely. Jadi sebelum blogspot menjadi tidak lagi relevan pada mata gua pada suatu masa nanti berdasarkan 5 rukun tersebut , gua akan terus blogging walaupun mungkin sebaliknya gua yang tidak lagi relevan untuk benda-benda macam ni. Suka hati aku laa woii!

Dan tadi bila gua godek-godek Blogspot baru ni baru gua perasan dia ada simpan gambar-gambar lama. Lalu gua terjumpa semula gambar-gambar yang pernah gua jadikan kepala blog sepanjang usia 3 tahun ni. Kahkahkah babi entri apa ni.


Kepala blog pertama gua. Masa ni gua blog gua pakai nama Bukan Basikal Karim dan profile name 
Pensel 2B.


Jiwang tak patut. Setahun jugak gua pakai kepala blog ni.


Ini rupa blog gua selepas jatuh ke tangan kakak-kakak kandung .Lalu gua terus tukar url , nama blog dan profile name, dan remove segala connection dekat Facebook. Start daripada ni blog gua mula bawak tema anonymous.
  

Mula-mula gua pakai untuk tema bulan Ogos. Last-last nak dekat setahun gua pakai sebab punya malas nak tukar.


Kepala blog ni gua ada pakai sekejap. Ini rembat gambar member sekolah menengah yang paling gua gay sekali. kahkahkah


Gua start pakai nama Blog Gagal. Sebenarnya gua takde idea nak kasi nama apa.



Sengaja gua test minggu lepas.Nampak macam tak boleh pegi je.


Okey sapa pandai letak binatang "about me" ni dekat tepi? Dekat dua jam gua try tak boleh-boleh jugak

2 comments:

Wadi AR said...

mohon bukak tutorial abg kemeja

sarah said...

bukan basikal karim.