Malam celaka itu gua berteduh di bawah lampu jalan berhadapan kedai serbaneka 24 jam, berbekalkan sekotak rokok kualiti rendah dan RM12 di dalam dompet sementara menunggu ketibaan lelaki Serdang. Sudah lebih sejam gua sesat dan terpusing-pusing sekitar Damansara sampai ke Petaling Jaya. Kepenatan menempuh lebuhraya Ipoh-Kuala Lumpur dengan tunggangan 4 lejang masih belum reda .Sudahnya gua putus asa sambil mengharap lelaki Serdang lekas muncul.
Harus diingat perjalanan ke selatan esok masih berbaki lebih kurang 400 kilometer, dengan bekal RM12 dalam dompet. Dompet tebal yang berisi susunan kad bank dengan baki yang tidak mencukupi.
"Macam ni gaya nak bercinta, sara diri sendiri pun dah huru hara". Ejek gua yang satu lagi kepada diri sendiri. Gua cuma diam patuh lalu mengambil teladan dengan ejekan begitu, agar dijadikan prinsip menguruskan diri.Walaupun bunyinya kasar, gua tetap menganggapnya sebagai nasihat yang bagus.
Jemu menunggu, sekejap-sekejap gua main Fruit Ninja pakai Iphone supaya nampak sibuk di hadapan cashier kedai serbaneka. Sekali sekala gua mengerling jam sambil mempersoalkan kelewatan lelaki Serdang dengan memetik pepatah masa itu emas.
Esoknya , apabila petang menjelma gua segera bertolak ke selatan dengan seribu satu pengajaran,sepucuk handset Nokia, sedikit duit kopi, sekotak Dunhill, dan isi minyak Ron97.
.
2 comments:
knpa x msg aku? :p
Dah nama pon jual handset, mesti la xboleh msg sapa2...
Post a Comment