Friday, April 20, 2012

Rahsia Laila

"Memang saya orang miskin.Saya tak mampu hidup mewah macam Datuk Zainal. Tapi saya takpernah ajar anak Datuk buat kerja kotor tu,"tengking aku lantang cuba mempertahankan diri.

Datuk Zainal yang cuma berpakaian nightgown plain satin diikat longgar di atas punggung, tercegat bercekak pinggang di kaki tangga yang menghubungkan ruang tamu itu ke tingkat dua. Mukanya masam mencuka. Ada ketegangan pada riak wajah lelaki awal 50an itu. Suasana dalam rumah agam itu dihambat sepi. Tidak aku, mahupun Datuk Zainal meneruskan bicara.Masing-masing cuma asyik mempamer konflik emosi dan rasa tanpa sebarang kata.

Amah Indonesia yang tadi menyambut aku dan Laila di muka pintu , berpura-pura bergegas ke dapur kononnya.Mungkin dia bimbang menjadi mangsa herdikan Datuk Zainal yang sedang tak menentu angin pertimbangannya. Dan mata Datuk Zainal terus garang meratah setiap inci tubuh aku.Cuma mulutnya sahaja yang kelu akibat sindiran kasar aku tadi.

Laila meragut lengan aku bagai seorang gadis lembut yang ketakutan lantas cuba bersembunyi dibelakang aku. Aku tidak mahu memandangnya ketika itu, namun aku tahu dia sedang menangis. Esakan perlahan yang berselang-selang itu cukup untuk menceritakan keadaannya.

"Datuk boleh tuduh saya macam-macam. Tapi tolong jangan sakiti Laila. Dia tak terlibat dengan apa-apa kerja kotor yang Datuk maksudkan," sambung aku lagi terus .Cuma kali ini aku sengaja merendahkan sedikt nada.

Aku dapat rasakan tangan Laila semakin erat memaut lenganku. Sedikit bau yang kurang enak terus menerjah ke dalam rongga deriaku. Kali ini lebih kuat. Dan Laila cuma membisu sambil sebelah lagi tangannya memeluk erat beg tangan yang telah disumbat dengan sebiji balang kaca lut cahaya berisi tahi kucing segar. Namun aku tidak mahu membocorkan apa-apa. Kami sudah berjanji, biar pecah di perut,jangan pecah di mulut.

.
.
.

4 comments:

Wadi AR said...

bau ape?

Roronoa said...

kahkahkah..itu pon xpaham!

Wadi AR said...

2-3x aku bace baru paham. haha.

Roronoa said...

kahkahkah..

biasa la tak paham..mastika tu dr kecik gua baca sampai la sekarang still gua tak tau dia cerita pasal apa...