Dan setelah bertahun lama gua perhatikan keadaan bagaimana masyarakat tipikal kita berfungsi, gua mula sedar bahawa mak bapak gua sudah memasuki fasa pertama settle down. Gua sedar mak bapak gua sudah menginjak tua.
Adik beradik gua yang paling last sudah tamat Sekolah Menengah tahun lepas. Jadi cuma tinggal gua dan adik gua yang sorang tadi yang masih belajar di peringkat pengajian tinggi. Insyaallah kalau ada rezeki dan potong turn penggiliran Tabung Haji, mak bapak gua akan menunaikan haji hujung tahun ini. Dan setelah mereka pulang dari Tanah Suci menunaikan haji nanti, maka lengkaplah sudah fasa pertama settle down mereka. Gua percaya tidak banyak hal dunia yang harus mereka kejar lagi. Separuh jiwa mereka boleh gua andaikan sudah mencapai ketenangan, yang mana memudahkan mereka fokus akan bekalan akhirat.
Mungkin dalam masa setahun dua daripada sekarang , maka proses settle down peringkat kedua pula perlahan-lahan akan mengambil tempat sambil menanti masa tua mereka terus dicuri batas keupayaan. Mereka akan gembira menangisi masa kesepian hidup berdua di rumah mengenangkan anak-anak yang berjaya dengan kerjaya masing-masing di bandar, dan mengukir senyum manis menyambut kepulangan cucu-cucu pada cuti sekolah.
Dan sehinggalah adik-beradik gua yang terakhir selesai diijabkabulkan , maka lengkaplah sudah fasa kedua dan harapnya mungkin juga terakhir dalam hidup mereka.
Gua percaya ketika itu perjuangan mereka sudah lengkap penghujungnya. Hal ehwal dunia bukan lagi satu kerisauan. Tanggungjawab mereka sudah sempurna, setidak-tidaknya di mata gua. Jiwa mereka sudah tenang. Dan jika ditakdir Tuhan untuk mereka pergi, gua berdoa agar mereka pergi dengan tenang.
Dan kalau boleh,dan gua cuma mampu berdoa agar mereka dipanjangkan umur sehingga saat gua melafazkan akad nikah dengan seorang wanita yang menyejukkan hati dan mata.
Semoga gua nanti dijauhkan daripada kahwin lari dan wanita yang suka pakai jersey Manchester United.
Amin.
.
2 comments:
yang lu doa tulah akan dapat. Amin
Nikah awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional haruslah kuat. ilmu juga perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. tanyalah diri sedalam dalamnya 'benarkah kita perlu nikah awal ?'
:)
Sekadar menasihati~
Post a Comment