Berbalik kepada membaca buku tadi , sebenarnya memang dari kecik lagi gua dah layan buku bersiri. Masa tu How I met Your Mother Season 7 dan CSI Miami Season 11 belum tayang dekat tv lagi. Kiranya belum bersunat lagi pun gua dah masuk tahap power sebab layan buku cerita bersiri tak macam Apis Rasyid dan Shahrul Nizam yang sibuk dengan mengumpul sticker WWF untuk mendapat ganjaran tikam.
Ada la dalam dua tiga siri yang gua layan. Satu siri kadang-kadang ada yang cecah sampai 44 episod. Setiap hari gua register dekat pustakwan pinjam satu episod untuk dibaca di rumah. Tapi kalau hari Jumaat , gua akan pinjam lebih sebab Sabtu Ahad boleh juga gua baca lebih dari apa-apa yang patut sambil-sambil kapur kasut sekolah.
Tapi masalahnya library cikai sekolah gua tu ada maksimum pinjaman buku terhad kepada 2 buah sahaja. Oleh itu gua tulis nama dekat pustakawan register out dua buku, lagi tiga buku gua curi-curi bawak keluar selit dalam buku Kajian Tempatan. Pustakawan pun satu bangang tak perasan. Sibuk nak mengorat gua je. Skill mengalihkan perhatian pustakawan menggunakan rupa paras ni gua belajar melalui buku-buku penyiasatan yang gua suka baca.
Tengok! Kecik-kecik lagi gua dah pandai mencuri untuk mendapatkan ilmu. Power tak power gua masa tu. Tapi selalunya hari Isnin gua akan pulang balik buku-buku tu.Gua pun tahu jugak sapa mencuri dia berdosa masuk api neraka.
Selalunya gua lebih suka stick pada buku bersiri yang bertemakan penyiasatan. Gua dapat rasa segala jenis bahan bacaan yang berkisarkan kisah penyiasatan akan membuatkan gua berpeluh dahi membaca.Kalau time tengah baca buku tu mak gua suruh pergi kedai beli bawang merah, memang mulut gua muncung lain macam. Obses betul gua.Sibuk dengan penyiasatan.Buah dada pun gua tak ambil pot sangat masa tu.Sampaikan dulu gua pernah juga pasang cita-cita nak kerja dengan Interpol.Perghhh..
Antara siri-siri yang gua layan dulu termasuklah
1) Siri Salma
2) Siri Hadi
3) Siri 5 Penyiasat
4) Siri 3 Penyiasat
Banyak juga ilmu-ilmu penyiasatan yang gua cedok dan praktikkan daripada buku-buku macam ni. Hidup kita ni penuh dengan misteri. Terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya mahupun tidak.Sampai la gua dah besar panjang sekarang , kalau ada apa-apa barang hilang cepat-cepat gua tanya mak gua.
"Mak! Ada nampak seluar bola yang orang basuh semalam tak.Orang cari tak jumpa laa.."
.
6 comments:
tu pon cari mak. kata dah power ilmu penyiasatan. siasat la seluar bola kau
44 episod tu Dragon Ball la dak?
lol.
same laa kite
(menyampuk walao xkenal) haha
cek ym boleh?
bongok giler ko ni.
Post a Comment