Thursday, April 26, 2012

Falsafah belakang kira

Sebenarnya, gua ada terfikir jugak apa watak yang gua mainkan dalam fungsi masyarakat. Hatta seekor lipan juga ada memainkan peranan dalam kitaran biologi , inikan pula seorang manusia durjana.

Contohnya Tomas Edisson, lelaki yang mencipta mentol lampu. Di dalam poket pengetahuan kita, pengasas bersama General Electric ini terpaksa menghadapi beratus-ratus siri kegagalan sebelum berjaya dengan hasil ciptaannya, yang dulu bukanlah diistilahkan sebagai hasil . Sebaliknya ia digelar angan-angan.

Dan sudah menjadi lumrah kegagalan, ia akan disambut dengan gurau senda, caci-maki, hilai-tawa yang akan menjadi label rasmi proses merendahkan keupayaan Thomas Edison, yang dulu tidaklah digelar keupayaan Tomas Edison. Sebaliknya, ia digelar kepandiran Thomas Edison.

Berbalik kepada fungsi gua kepada masyarakat , gua berpendapat bahawa gua sebenarnya memainkan watak discrete tanpa sedar yang memastikan kelangsungan tamadun kemasyarakatan .Watak antagonis kecil ini penting sebagai pendorong yang menggalak secara songsang mana-mana individu yang bervisi untuk mengembangkan pemikiran dan peradaban bangsanya.

Di kalangan mereka yang memperlekeh dan mentertawakan Tomas Edison dalam cerita tadi,gua memegang watak kutu yang gelak paling kuat sekali akan budak ingusan Thomas Edison dengan idea kaca menyalanya.

Selepas memahami lebih dalam fungsi gua kepada masyarakt, jadi selepas ini gua akan mengorat makwe dengan lebih keyakinan berdasarkan fahaman bahawa gua bukanlah seorang lelaki tak guna!

Bukan lelaki tak guna.

.

3 comments:

Wadi AR said...

kalao tak guna, lu terai dulu

Roronoa said...

aku sebenarnya x paham apa y cuba ko sampaikan ni...

zzzzzz..haha

Wadi AR said...

kau memang. asal aku je tak paham. tumbuk br tahu