Friday, April 27, 2012

The road to Avenger

"So, macam mana ni," brader kereta Waja bertanya dengan muka yang kelat. Sekejap-sekejap dia berpaling mengusha bontot kereta, lalu terus memasang api rokok. Membe brader Waja tadi pula segera membuat panggilan telefon sambil turut tidak ketinggalan memasang rokok juga.

Lambakan kereta dan kenderaan berat mula beratur panjang di belakang bagaikan memenuhi tuntutan trafik sembap sekitar petang Jumaat. Satu demi satu bergerak perlahan di satu-satunya lorong sebelah kiri sambil rapat mengawasi keadaan dengan yang hati tidak mahu masuk campur tetapi kepala yang ingin tahu. Sebiji bas berselisih perlahan di sebelah dengan muatan sarat pelajar-pelajar sekolah agama perempuan yang tidak jemu memerhati. Dan gua dapat rasakan tindak-tanduk gua seolah-olah dirogol rakus oleh beratus-ratus pasang mata.

Pukul 3.20 petang.Ada lebih kurang sepuluh minit sebelum tayangan Avenger pada hari pertama bakal bermula. Gua membiarkan driver dan driver bermusyawarah sesama sendiri secara brader-brader, manakala gua cuma tercanguk di tepi kereta memerhati bumper waja yang sedikit kemek dan bonet Wira yang remuk terangkat. Air tangki radiator yang bocor mengalir lembab lalu menitik di atas serpihan kaca dan plastik yang berterabur di jalan

Selang dua minit, sebuah tow truck sampai. Kemudian, sebuah lagi. Dan sebuah lagi sebelum dihalau pergi oleh yang pertama. Rozairie yang sibuk dengan panggilan telefon keluar cuba mencari sunyi di belakang kejadian, menjamu trafik tinggi dengan pemandangan seluar pendek merah terangnya yang tidak senonoh. Situasi tegang.

Dari kejauhan  Incredible Hulk sekadar mengeleng-geleng kepala.Dia menolak untuk membantu.Iron Man melambai-lambai perlahan sebelum menipis pergi. Rafiq Hakim cucuh Nusantara. Gua bakar Dunhill sebatang.

.

1 comment:

Wadi AR said...

mohon belanja aku tiket wayang sekarang jugak